Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua. Entri
kali ini akan membawa pembaca melihat tentang perancangan dan pelaksanaan
kaunseling dalam organisasi. Sebelum pergi lebih jauh, suka untuk kami
kongsikan satu petikan ini;
“Kemajuan bidang kaunseling dan bimbingan di
Malaysia adalah hasil permintaan masyarakat terhadap satu perkhimatan yang
dapat membantu masalah sosial dan peribadi akibat daripada kemajuan ekonomi dan
teknologi yang pesat. Unutk menghadapi pelbagai cabaran dari kemajuan dapatlah
dilihat dalam masyarakat Malaysia bahawa bidang kaunseling akan berkembang dan
lebih menumpukan bidang-bidang specialization
yang tertentu.”
Petikan ini merupakan salah satu petikan daripada
buku Kaunseling untuk kesejahteraan insan: Suatu Pengenalan di Malaysia oleh
Abdul Halim Othman pada tahun 1999. Menariknya, sejak tahun 1999 lagi,
perkembangan bidang kaunseling dilihat semakin berkembang dan semakin pesat
secara amnya. Malah salah satu bidang yang ditekankan di dalam buku ini adalah
Kaunseling industri dan organisasi.
Baiklah,
ayuh kita teruskan.
Kaunseling Organisasi
Pada
pandangan anda, apakah itu kaunseling organisasi?
Terdapat
beberapa pandangan yang berbeza dalam menjawab persoalan di atas, dan ia
berubah-ubah mengikut budaya dan masa tertentu.
- Berridge (1997). Kaunseling ditempat kerja berperanan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan perundingan yang memberi sasaran kepada pencegahan dan pemulihan masalah-masalah kerja dan peribadi pekerja serta hubungan dengan anggota keluarga mereka.
- Joseph, C. (2012). Kaunseling adalah satu proses menolong yang disediakan oleh organisasi yang mengambil berat tentang kesejateraan pekerja.
Isu di Organisasi
Marcapada ini kita menyaksikan betapa dunia sudah
menjadi semakin tidak terkawal dengan kerosakan
dan kehancuran, baik dari segi material dan moral berlaku di mana-mana. Dalam
skala yang lebih kecil, organisasi tidak kira swasta mahupun kerajaan turut
terkesan dengan perubahan ini dari segi pembangunan serta
produktiviti organisasi.
Antaranya adalah, bebanan dan tekanan
kerja, ketidakhadiran, tidak mengikut polisi, kadar prestasi rendah, masalah
kerjaya, kurang semnagat sepasukan, tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya
baru, masalah personal, hubungan interpersonal yang kurang efektif antara pihak
bawahan dan pihak atasan, low self-esteem,
prestasi kerja yang merosot dan tidak produktif, kesesakan lalu lintas, dan
masalah kesihatan.
Sumber: Google Image |
Perkongsian Bersama Kaunselor
Organisasi
Perkongsian
bersama seorang kaunselor di sebuah organisasi berasaskan pendidikan, memberi
kami peluang untuk melihat lebih dalam berkenaan isu - isu kaunseling di
organisasi. “Apa yang dipelajari, tidak sama apa yang akan kamu lalui di alam
pekerjaan”, itulah ayat pertama ketika kami bertemu dengan kaunselor tersebut.
Beliau menyatakan, menjadi seorang kaunselor tidak boleh hanya duduk di bilik
dan menunggu klien sahaja. Kaunselor perlu menjadi seseorang yang dikenali dan
mudah untuk didekati.
Pada
awal perlantikan sebagai kaunselor di situ, beliau mengambil langkah untuk berjumpa
dengan orang tertinggi di organisasi tersebut untuk mendapatkan gambaran awal
tentang budaya kerja, dan visi, misi organisasi. Dengan dasar bersifat adil,
kaunselor tersebut juga mendengar luahan dari pekerja - pekerja. Di sini, etika
memainkan peranan yang penting supaya segala perkara yang diceritakan adalah
masih dalam prinsip kerahsiaan kaunseling. Seterusnya, kaunselor menyatakan,
setiap organisasi berbeza cabarannya. Cabaran beliau terbahagi kepada tiga
iaitu pelajar, staf sokongan dan staf akademik. Melalui isu-isu ini, barulah
perancangan dalam organisasi dalam dijalankan dengan baik malah memberi kesan
positif kepada semua yang berada dalam organisasi ini.
Skop Kerja dan Peranan
kaunselor organisasi.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), skop kerja kaunselor terbahagi kepada empat (4) iaitu; 1) krisis, 2) pemulihan, 3) pencegahan dan 4) perkembangan.
Pendekatan krisis boleh diberikan apabila seseorang mengalami keadaan tergugat `kebajikan diri’ atau kebajikan orang lain atau sesuatu keputusan segera perlu diambil. Manakala pendekatan pemulihan adalah seperti mencadangkan jalan penyelesaian agar pekerja tidak mengalami krisis dan berupaya memajukan diri. Pendekatan pencegahan pula mencuba meramalkan masalah dan menghalangnya daripada berlaku. Pendekatan perkembangan pula mengabungkan pendekatan krisis,pencegahan, dan pemulihan. Pendekatan ini melihat pengajaran,tunjuk ajar, mengarah, memberikan maklumat dan kaunseling sebagai sebahagian daripada proses membantu. Keempat-empat skop kerja ini boleh dijalankan melalui aktiviti kaunseling yang asas iaitu sesi kaunseling individu, kelompok mahupun aktiviti bimbingan.
Seterusnya, peranan kaunselor adalah merancang aktiviti mengikut skop kerja kaunselor seperti diatas. Terdapat empat langkah utama dalam membuat sesuatu perancangan dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling iaitu dengan melaksanakan Penilaian awal, Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian akhir.
Teknologi
membantu kaunselor di organisasi
Teknologi mmebantu kaunselor dari pelbagai sudut,
bermula dengan pelaksaan tugasan sehinggalah pendokumentasian. Salah satu
contoh yang sedang meningkat naik adalha, e-kaunseling. Postel,
Haan, dan Jong (2008) berpendapat bahawa e-kaunseling merupakan satu peluang
dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan servis terapeutik kepada klien
yang berhadapan dengan masalah mental dan dapat membantu klien menyelesaikan
permasalahan mereka di bawah jagaan atau panduan daripada ahli terapi yang profesional.
Di
sini sahaja pekongsian kali ini. Kami bukanlah pakar kaunseling namun
harapnya sedikit perkongsian yang ringkas ini bermanfaat untuk ada semua.
Disediakan oleh kaunselor pelatih,
1. Nurul Farahin binti Ibrahim
2. Nurul Fatihah binti Amir
3. Nurul Raheemah binti Bava Bugardeen
4. Nurul Syafiqa binti Babah
5. Rabiatul Adawiyah binti Ali Jan
6. Rainny anak Bujang
7. Shaira Parveen binti Hamilin
No comments:
Post a Comment