Thursday, May 7, 2015

Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam Kaunseling

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia…

Mungkin anda menantikan apa topik menarik hari ini..dalam era globalisasi ini, satu perkataan yang tidak dapat dipisahkan adalah Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) atau perkataan sinonimnya iaitu ICT. Ya, hari ini kita akan bincang mengenai penggunaan TIK dalam kaunseling. Selamat membaca

                        Kesan penggunaan TIK dalam perkhidmatan kaunseling
Apa maksud TIK sebenarnya?? Hmm..TIK merupakan perluasan daripada TI dengan menggabungkan konsep Teknologi Komunikasi dalam Teknologi Informasi. Di sini, terdapat beberapa contoh TIK, antaranya adalah seperti internet, emel, skype, chat dan live streaming video. Penggunaan TIK sememangnya semakin meluas dalam semua bidang termasuk juga Kaunseling. TIK dapat membantu seseorang kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling dengan lebih efektif.
Sumber: Google Image
Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat isu-isu yang timbul. Antaranya adalah seperti:

i) Isu Kerahsiaan dan Maklumat Klien tidak terjamin
Penggunaan teknologi maklumat seperti e-mel dan forum membantu kaunselor dan memudahkan urusan klien membuat temu janji sesi kaunseling. Persetujuan termaklum dan borang maklumat klien juga dapat dilakukan secara online terlebih dahulu sebelum kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Namun, kerahsiaan dan maklumat peribadi klien tidak terjamin apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengodam laman web ataupun sistem komputer kaunselor tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan rahsia dan  identiti seseorang klien tersebut terbongkar.

ii) Isu Keberkesanan E-Kaunseling
Isu keberkesanan E-kaunseling ini akan berlaku apabila kaunselor menjalankan sesi kaunseling secara online dengan klien. Hal ini kerana seseorang kaunselor tersebut tidak dapat mengenalpasti dan mentaksirkan bahasa badan klien dalam E-kaunseling. Tambahan itu, kaunselor tidak dapat menggunakan kemahiran kaunseling dengan sepenuhnya dalam membantu klien kerana terdapat batasan dalam E-Kaunseling. Kaunselor hanya mendengar permasalahan klien secara online. Jika klien tersebut menangis, kaunselor hanya mampu memujuk dan tidak dapat berbuat apa-apa. Selain itu, perkhidmatan E-Kaunseling ini juga kurang keberkesanannya berbanding dengan sesi kaunseling yang melibatkan kaunselor dan klien secara bersemuka.

iii) Isu jaringan Internet
Isu jaringan internet biasa akan berlaku kepada klien yang berada di kawasan pendalaman. Hal ini adalah disebabkan tiada lansung kemudahan Internet di kawasan tersebut ataupun kurang maju. Keadaan ini menyebabkan klien tersebut tidak dapat menggunakan kemudahan internet untuk membuat temu janji, penilaian psikologi dan sesi kaunseling dengan kaunselor secara online. Jadi, bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling terpaksa datang jauh ke kawasan bandar untuk berjumpa dengan kaunselor. Di sini, kita dapat lihat bahawa penggunaan kemajuan teknologi dan maklumat dalam kaunseling ini terbatas kepada klien yang tidak mempunyai kemudahan internet.

iv) Isu profesionalism
Perkembangan TIK ini membolehkan kaunselor mengendalikan sesi dengan klien menggunakan tele-conference ataupun video call. Ramai kaunselor yang menawarkan perkhidmatan kaunseling secara online kepada klien melalui laman web tertentu. Namun, profesionalism kaunselor akan terjejas apabila ramai kaunselor yang tidak bertauliah dan kurang kompetensi turut menggunakan perkhidmatan ini. Mereka tidak pernah menjalani sebarang latihan kursus untuk menjadi seorang kaunselor yang bertauliah dalam menjalankan kaunseling secara online. Tambahan pula, tiada pertubuhan khas yang bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kualiti perkhidmatan kaunseling secara online ini. Justeru, mereka berkemungkinan melanggar etika kaunselor dan melakukan kemudaratan kepada klien melalui penggunaan teknologi maklumat tersebut.

v) Isu Perbezaan Budaya Klien
Sumber: Google Image
Kemajuan dalam teknologi maklumat ini memudahkan seseorang klien untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara online dengan mana-mana kaunselor yang menjadi pilihannya. Kaunselor juga berkemungkinan akan mengendalikan kaunseling dengan pelbagai jenis populasi klien termasuklah klien antarabangsa dengan kemudahan forum, e-mel, video call dan tele-conference. Keadaan ini boleh menimbulkan isu budaya dalam kaunseling apabila melibatkan seorang kaunselor dengan klien yang berbeza latar belakang dan budaya. Kaunselor yang tidak memahami dan mempelajari budaya seseorang klien akan melakukan kemudaratan dan menimbulkan ketidakpuasan klien secara tidak lansung dalam perkhidmatan kaunseling ini.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa penggunaan TIK dalam kaunseling mengakibatkan isu-isu tertentu. TETAPI penggunaan TIK memang sangat meluas dalam pelbagai karier. Sebagai seorang kaunselor, kita juga seharusnya mengambil tahu berkenaan implikasi TIK dalam prestasi kerja. Implikasi TIK boleh jadi positif mahupun negatif..Apa lagi? Jom kita baca implikasi TIK dalam prestasi kerja..Hmm, yang mana satu??Positif la dulu..

Sumber: Google Image
Di sini, kita dapat melihat bahawa perkhidmatan kaunseling juga bergerak seiring dengan kecanggihan TIK. Sejajar dengan kecanggihan tersebut terdapat beberapa perkhidmatan kaunseling yang lebih moden telah diperkenalkan dan mula diaplikasikan oleh kaunselor-kauselor di luar sana. Antara yang kita dapat lihat, perkhidmatan kaunseling yang semakin dikenali bersesuaian dengan arus pemodenan pada masa  kini adalah seperti  khidmat kaunseling menggunakan telefon, emel dan sidang video (videoconferencing).

Jika dilihat dari sudut positif terhadap khidmat kaunseling menerusi telefon misalnya, seseorang kaunselor itu dapat bekerja dengan klien yang pelbagai latar belakang geografi dan budaya. Bukan itu sahaja, kaunselor juga dapat mempertingkatkan kemahiran mendengar, lebih peka terhadap perubahan nada suara dan sebarang perkara yang mungkin berlaku kepada klien tersebut (Rosenfield, 1997, p. 101). Di samping itu, penggunaan TIK seperti laman sesawang, CD-ROMs dan siaran langsung (live streaming) juga dapat membantu para kaunselor yang mempraktikkan kaunseling silang budaya terutamanya, untuk lebih peka serta memahami sensitiviti dan kepelbagaian budaya berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jencius (dipetik daripada Harper dan Mcfadden, 2003, p. 360).

Menurut Sharar, Popovits dan Donohue (2010) telah menyenaraikan kelebihan bagi mereka yang memilih perkhidmatan kaunseling ini. Antara kelebihannya adalah perkhidmatan kaunseling dengan menggunakan TIK seperti telefon dapat mengurangkan stigma ataupun rasa malu klien berbanding pergi ke ruang menunggu. Kelebihan kedua pula adalah bagi pekerja yang mempunyai kesukaran untuk pergi ke pejabat kaunselor. Hal ini terutamanya bagi mereka yang agak sibuk atau banyak komitmen di mana sukar untuk meninggalkan pejabat kerana akan bergegas untuk kembali ke pejabat apabila terdapat kesesakan lalu lintas misalnya jika melibatkan sesi kaunseling di luar organisasi. Selain itu, sesetengah klien lebih gemar atau lebih terbuka untuk berkongsi jika tidak dikenali. Akhir sekali, perkhidmatan kaunseling menggunakan TIK juga lebih fleksibel dalam penjadualan atau penetapan temujanji sesi kaunseling.
Sumber: Google Image

 Walaupun aplikasi teknologi ini telah membuatkan kita melakukan kerja dengan mudah dan lebih cepat, ia tidak bermakna kita akan menggunakan teknologi ini sepenuhnya. Semakin kita menggunakan teknologi semakin banyak cabaran yang kita akan hadapi kerana kita tidak boleh untuk mengawal perkembangan teknologi yang kian pesat membangun ini. Disini terdapat beberapa implikasi negatif terhadap persembahan kerja.

Kerahsiaan dan keselamatan
Seperti yang kita tahu, kerahsiaan adalah sangat penting di dalam sesi kaunseling. Hal ini untuk memastikan maklumat klien selamat dan dijaga dengan baik. Kadang-kadang kerahsiaan dan keselamatan tersebut diluar kawalan seorang kaunselor. ramai orang beranggapan bahawa apabila email telah dipadamkan, ia tidak akan muncul lagi dan tidak boleh dapatkannya semula. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa kini, pihak lain boleh menceroboh dan boleh mengakses segala aktiviti yang telah kita lakukan (Tyler & Sabela, 2003). Jadi, maklumat tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak yang lain sebagai contoh pengurus, programmer ataupun rakan sekerja. Kaunselor perlu sedar akan risiko ini apabila menjalankan sesi menggunakan teknologi yang ada ini.

Tiada isyarat lisan dan bukan lisan
Apabila menggunakan teknologi ini, ia agak menyukarkan kaunselor untuk melihat dan menilai isyarat secara lisan dan bukan lisan dari klien. Daripada isyarat ini kita akan dapat tahu bagaimana emosi klien ketika itu dan dapat mengenalpasti perbezaan dan keselarasan antara lisan dan bukan lisan yang disampaikan oleh klien. Isyarat seperti ini tidak akan dapat dikesan kerana kebiasaannya kaunselor tidak dapat melihat keseluruhan badan dan pergerakan klien tersebut. Teknologi tidak dapat menafsirkan isyarat yang diberikan oleh klien. Contohnya ton suara, riak wajah, bahasa tubuh dan isyarat mata. Kaunselor tidak dapat memberikan sepenuh perhatian  dan komitmen kepada klien dalam membantu klien menyelesaikan isu yang klien hadapi. Kaunselor tidak dapat menjalan sesi dengan berkesan dan emosi klien mungkin terganggu dan secara tidak langsung akan mengganggu prestasi kerja klien.

Kesukaran dalam teknologi
Sekiranya kaunselor dan klien kurang pengetahuan tentang teknologi, ia akan menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kedua-duanya harus tahu cara penggunaan teknologi yang betul dan perlulah mahir.  Contoh, sekiranya komunikasi ini melibatkan untuk memasang  dan belajar tentang Software dan hardware, dan klien tidak mahir dalam mengendalikannya ia mungkin akan menyebabkan sesi tersebut terganggu dan akan menambahkan tekanan kepada klien. Biasanya perkara sebegini terjadi kepada pekrja bawahan yang tidak didedahkan dengan pengetahuan IT. Kaunselor seharusnya juga mempunyai pengetahuan tentang mengendalikan teknologi dengan cepat dan berkesan. Jadi klien tidak akan memandang rendah kepada kemampuan atau kredibiliti seseorang kaunselor tersebut.


Sebagai seorang kaunselor, apa kita perlu buat untuk mengatasinya???Apa peranan kita ye??Hmm..Mari kita baca ini

Kaunselor merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan teknologi dalam kaunseling. Kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan hubungan dengan klien sentiasa terjaga berdasarkan etika-etika kaunseling. Hubungan diantara kaunselor dan klien adalah perkara yang perlu dititikberatkan walaupun dalam TIK.

Peranan utama kaunselor adalah memastikan diri kaunselor dan klien sentiasa berada dalam undang-undang dan peraturan semasa dengan membuat semakan dengan lembaga perlesenan. Ini adalah bagi memudahkan kaunselor dan klien untuk sentiasa berada di bawah perlindungan undang-undang yang telah ditetapkan. Kaunselor perlu memaklumkan kepada klien tentang kod etika yang berkaitan bagi membimbing klien dalam penggunaan internet kaunseling.

Kaunselor juga perlu membantu klien dalam memilih, menilai, dan menggunakan aplikasi TIK. Kaunselor perlu memainkan peranan sebagai pembuka jalan kepada klien untuk mendapatkan faedah daripada TIK. Misalnya, dengan memberi pengetahuan kepada klien tentang kebaikan dan keburukan TIK. Dengan cara itu, klien akan sedar tentang kepentingan teknologi dalam kaunseling. 

Selain itu, kaunselor juga perlu mengenalpasti keperluan klien. Kaunselor seharusnya menentukan sama ada klien adalah daripada golongan minor, dengan itu kaunselor perlu memaklumkan kepada waris atau penjaga klien. Kaunselor juga perlu memastikan klien faham terhadap sesi yang dijalankan. Contohnya dengan membuat penilaian tentang perkara yang diperlukan oleh klien. Dengan cara tersebut klien akan menyedari perkara yang perlu dan tidak perlu untuk beliau lakukan.

Selain memberi pengetahuan kepada klien, kaunselor bertanggungjawab untuk memberi motivasi dan bantuan kepada klien dalam memproses data. Kaunselor boleh mengawal penggunaan sosial media bagi klien juga. Contohnya, kaunselor meminta klien untuk membaca artikel yang berkaitan dengan tentang isu klien yang telah dihantar oleh kaunselor ke laman sosial klien. Kaunselor seharusnya memberikan galakan dan semangat kepada klien untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam sesebuah penilaian.

Kaunselor juga perlu menyediakan panduan bertulis untuk sosial media dan borang persetujuan yang perlu ditandatangan oleh klien. Sebagai salah satu daripada proses dalam kaunseling, kaunselor perlu memaklumkan kepada klien risiko yang bakal timbul dalam sesi kaunseling dan memerlukan persetujuan daripada klien sebelum sesi dijalankan. Klien juga perlu mengetahui akan batas-batas hubungan dengan kaunselor serta memahami tanggungjawab klien sepanjang sesi. 

Sebagai seorang kaunselor, memiliki akaun media sosial merupakan satu kelebihan untuk kaunselor lebih aktif bagi mempromosikan kaunseling. Namun, kaunselor perlulah mengasingkan di antara akaun media sosial peribadi dan profesional. Hal ini adalah bertujuan untuk menjaga hubungan dengan klien. Kaunselor perlu menyediakan akaun profesional sebagai menjaga hubungan dengan klien dan mengekalkan hubungan profesional tersebut. 

Di samping itu, kaunselor juga perlu memahami budaya laman sosial klien. Ini kerana terdapat klien yang tidak pernah tahu tentang TIK atau laman sosial. Kaunselor juga perlu peka dan sedar bahawa ada di antara klien merupakan golongan minoriti, perbezaan bahasa, dan perbezaan budaya.  


Mungkin kita tertanya-tanya bagaimana nak gunakan TIK dalam kaunseling..Bagaimana proses kaunseling..dan adakah berbeza proses kaunseling individu dengan TIK dalam kaunseling??
Kita boleh lihat perbezaan melalui jadual ini:
Kaunseling Individu
TIK dalam Kaunseling
a)      Membina hubungan
b)      Memerlukan penilaian
c)      Menentukan Objektif
d)     Intervensi
e)     Memindahkan dan mengamalkan kemahiran baru
f)       Penamatan dengan penilaian
a)      Membina hubungan
b)      Memerlukan penilaian
c)      Intervensi

Sumber: Google Image
a)      Membina hubungan
Membina hubungan merupakan tahap yang penting dalam sesi kaunseling kerana hubungan yang baik akan membawa sesi kaunseling yang lebih efektif. Ada juga kaunselor menggunakan TIK untuk membina hubungan dalam sesi kaunseling. Sebagai contoh, mereka menggunakan Nintendo video games untuk membina hubungan dalam sesi kaunseling melalui beberapa cara.

b)     Memerlukan penilaian
Sumber: Google Image
Penerokaan yang baik akan menentukan kesungguhan klien untuk menghadiri sesi kaunseling. Jika kaunselor tidak meneroka dengan baik, kemungkinan klien tidak akan meneruskan sesi kaunseling. Bagaimana TIK dapat membantu kaunselor untuk meneroka sesi kaunseling? Kaunselor menggunakan perisian kumputer untuk mengetahui keperluan klien. Contohnya, di Stratford, kaunselor menggunakan perisian ini untuk mengetahui pergantungan klien terhadap kaunselor, ketakutan, halangan dan sebagainya.

c)      Intervensi
Sumber: Google Image
Intervensi yang betul dapat menyelesaikan isu klien dengan lebih efektif. Misalnya, jika klien keliru dengan pekerjaan yang dilakukan, kaunselor dapat membantu klien untuk melakukan penilaian dan menggunakan perisian yang ada untuk menunjukkan klien mengenai pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka. Dengan menggunakan internet juga, kaunselor dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh klien yang tidak dapat melakukan sesi kaunseling secara bersemuka.

Selepas memahami TIK dalam kaunseling mesti anda ingin ketahui berkenaan contoh-contoh TIK dalam kaunseling kan? Apa lagi?Mari kita baca…

Bila bercakap pasal perkambangan teknologi dalam kaunseling, Hummm.. mungkin dah ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu..Jadi, di sini tertariklah untuk kami buat perkongsian mengenai teknologi bagaimana nak kembangkan IT dalam kaunseling ni..seperti yang kita ketahui pada masa kini dunia penuh dengan plbagai jenis teknologi. Sebenarnya, semuanya boleh untuk kita gunakan dalam kaunseling…hah!!! yang paling terdekat iaitu telefon juga sudah dikira sebagai teknologi untuk menghubungkan kaunselor dan klien…walaupun kita belajar mengenai kaunseling yang penuh dengan etika kerahsiaan dan limitasi hubungan kaunselor dan klien, namun dalam hal-hal yang dikira kecemasan yang menganggu masalah klien, maka kaunselor bolehlah membuat sesi melalui telefon..dan juga kita boleh kaitkan dengan email, wassap, mesej biasa, serta  facebook..yup!! semua itu adalah satu perkembangan IT dalam kaunseling…seperti pengalaman kami sebagai klien,kami pernah buat sesi dengan kaunselor berdaftar di alam maya(chat facebook) untuk berkongsi masalah kami disebabkan pada waktu itu kami tidak dapat hendak menjalankan sesi secara bersemuka…memang tidak dinafikan pada awalnya itu macam tidak percaya hendak kongsi-kongsi ni walaupun kami daripada pelajar kaunseling..tetapi yang menarik itu bila kaunselor terangkan mengenai etika yang meyakinkan kami untuk berkongsi dengan beliau…

Jadi…..untuk kami tidak salah menggunakan sistem teknologi sebagai penghubung antara kaunselor klien..malah kadang-kadang tidak payah buat temujanji untuk buat sesi pun kita sudah boleh kongsi masalah dengan kaunselor..hah!!!nak menarik lagi..nak?? Nampak eye contact, tingkah laku  antara kaunselor-klien, boleh juga gunakan sistem webcam macam skype ke, video call ke..kan sekarang dah canggih..dalam we chat pon dah ade video call…Jadi, bolehlah kan hubungi klien macam dalam sesi sebab nampak apa yang klien buat…seronok juga guna aplikasi teknologi ni dalam kaunseling..Cuma tidak boleh melampaui batas lah..kalau boleh biarlah untuk keperluan yang tidak melanggar limitasi kaunselor klien…berbalik kepada klien yang malu hendak perkenalkan diri pada permulaannya, mungkin boleh turut serta penilaian (assessment) dan inventori-inventori secara online yang berkaitan dengan personaliti kerjaya, mengenai kemurungan misalnya..semuanya boleh kita buat dalam online internet dan akan buat sesi seterusnya melalui email untuk mengetahui lebih lanjut masalah klien tu..so..bes jugakkan cara yang mudah macam ni..tapi semua ni berbalik kepada tanggungjawab dan kebajikan kaunselor untuk menjaga rahsia klien..ingat!!!etika tetap perlu jaga juga…jangan hilangkan kepercayaan klien..letakkan prinsip mahu bantu orang..bukan jaja cerita orang…hihihi…ok…bye!!


Mesti anda tertarik dengan pembacaan kami..Mesti anda ingin tahu lebih lanjut mengenai topik ini kan?Tunggu apa lagi?Jom sertai kami di Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC’15) yang akan dijalankan pada 11 dan 12 Mei 2015 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS. Jom ramai-ramai  


 
Sumber: Google Image

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh:
1. Sharifah Monalisa binti Ramli
2. Sharmin binti Saferi
3. Siti Mariyam binti Mohd. Zaini
4. Siti Noor Fatin binti Idrus
5. Taqiah binti Salleh
6. Ting Kah Kiong
7. Yogeswary A/P Balakrishnan

Do Something Today That Your Future Self Will Thank You For
~ Nurul Raheemah Bava Bugardeen 

No comments:

Post a Comment