Assalamualaikum dan Hi semua... Semoga semuanya sihat walafiat dan dalam keadaan yang ceria dan happy selalu...
Baiklah, pada entri kali ini, kami akan berkongsi sedikit gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dalam organisasi...
Barisan pembentang bersama pensyarah kursus ini, Dr Amalia Madihie |
Antara isi perbincangan pada minggu ini adalah memfokus isu-isu perancangan dan pelaksanaan kaunseling di dalam sesebuah organisasi, peranan kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan klien yang membawa pelbagai isu dalam organisasi serta kegunaan teknologi maklumat di dalam membantu menjalankan proses kaunseling.
Antara kupasan menarik untuk pembentangan ini adalah persiapan kami sendiri untuk menjalani praktikal di organisasi pada semester ke-8. Bagaimana penerimaan staff dan kaunselor sendiri terhadap kita dan dapatkah kita mengumpul jam kredit yang secukupnya untuk bergraduat kelak.
Dr Amalia bersama pembentang terbaik, Saudari Nurul Raheemah binti Bava Bugardeen |
Sampai di sini sahaja entri pada kali ini... Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan kupasan isu yang lebih menarik...
Posted by:
Nurul Raheemah Bava Bugardeen :)
No comments:
Post a Comment