Assalamualaikum,
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia…
Mungkin
anda menantikan apa topik menarik hari ini..dalam era globalisasi ini, satu
perkataan yang tidak dapat dipisahkan adalah Teknologi Informasi dan Komunikasi
(TIK) atau perkataan sinonimnya iaitu ICT. Ya, hari ini kita akan bincang
mengenai penggunaan TIK dalam kaunseling. Selamat membaca
Kesan penggunaan TIK
dalam perkhidmatan kaunseling
Apa maksud TIK sebenarnya?? Hmm..TIK merupakan
perluasan daripada TI dengan menggabungkan konsep Teknologi Komunikasi dalam
Teknologi Informasi. Di sini, terdapat beberapa contoh TIK, antaranya adalah
seperti internet, emel, skype, chat dan
live streaming video. Penggunaan TIK
sememangnya semakin meluas dalam semua bidang termasuk juga Kaunseling. TIK
dapat membantu seseorang kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling dengan
lebih efektif.
|
Sumber: Google Image |
Namun
begitu, tidak dapat dinafikan
juga bahawa terdapat isu-isu yang timbul. Antaranya adalah seperti:
i) Isu
Kerahsiaan dan Maklumat Klien tidak terjamin
Penggunaan teknologi maklumat seperti e-mel dan
forum membantu kaunselor dan memudahkan urusan klien membuat temu janji sesi
kaunseling. Persetujuan termaklum dan borang maklumat klien juga dapat
dilakukan secara online terlebih
dahulu sebelum kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Namun, kerahsiaan dan
maklumat peribadi klien tidak terjamin apabila terdapat segelintir pihak yang
tidak bertanggungjawab mengodam laman web ataupun sistem komputer kaunselor
tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan rahsia dan identiti seseorang klien tersebut terbongkar.
ii) Isu
Keberkesanan E-Kaunseling
Isu keberkesanan E-kaunseling ini akan berlaku
apabila kaunselor menjalankan sesi kaunseling secara online dengan klien. Hal ini kerana seseorang kaunselor tersebut
tidak dapat mengenalpasti dan mentaksirkan bahasa badan klien dalam
E-kaunseling. Tambahan itu, kaunselor tidak dapat menggunakan kemahiran
kaunseling dengan sepenuhnya dalam membantu klien kerana terdapat batasan dalam
E-Kaunseling. Kaunselor hanya mendengar permasalahan klien secara online. Jika klien tersebut menangis,
kaunselor hanya mampu memujuk dan tidak dapat berbuat apa-apa. Selain itu, perkhidmatan
E-Kaunseling ini juga kurang keberkesanannya berbanding dengan sesi kaunseling
yang melibatkan kaunselor dan klien secara bersemuka.
iii) Isu
jaringan Internet
Isu jaringan internet biasa akan berlaku kepada
klien yang berada di kawasan pendalaman. Hal ini adalah disebabkan tiada
lansung kemudahan Internet di kawasan tersebut ataupun kurang maju. Keadaan ini
menyebabkan klien tersebut tidak dapat menggunakan kemudahan internet untuk
membuat temu janji, penilaian psikologi dan sesi kaunseling dengan kaunselor
secara online. Jadi, bagi mereka yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling terpaksa datang jauh ke kawasan bandar untuk
berjumpa dengan kaunselor. Di sini, kita dapat lihat bahawa penggunaan kemajuan
teknologi dan maklumat dalam kaunseling ini terbatas kepada klien yang tidak mempunyai
kemudahan internet.
iv) Isu profesionalism
Perkembangan TIK ini membolehkan kaunselor
mengendalikan sesi dengan klien menggunakan tele-conference
ataupun video call. Ramai kaunselor
yang menawarkan perkhidmatan kaunseling secara online kepada klien melalui laman
web tertentu. Namun, profesionalism kaunselor akan terjejas apabila ramai
kaunselor yang tidak bertauliah dan kurang kompetensi turut menggunakan perkhidmatan
ini. Mereka tidak pernah menjalani sebarang latihan kursus untuk menjadi
seorang kaunselor yang bertauliah dalam menjalankan kaunseling secara online. Tambahan pula, tiada pertubuhan
khas yang bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kualiti perkhidmatan
kaunseling secara online ini. Justeru,
mereka berkemungkinan melanggar etika kaunselor dan melakukan kemudaratan
kepada klien melalui penggunaan teknologi maklumat tersebut.
v) Isu Perbezaan
Budaya Klien
|
Sumber: Google Image |
Kemajuan dalam teknologi maklumat ini memudahkan seseorang
klien untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara online dengan mana-mana kaunselor yang menjadi pilihannya.
Kaunselor juga berkemungkinan akan mengendalikan kaunseling dengan pelbagai
jenis populasi klien termasuklah klien antarabangsa dengan kemudahan forum,
e-mel, video call dan tele-conference. Keadaan ini boleh menimbulkan
isu budaya dalam kaunseling apabila melibatkan seorang kaunselor dengan klien
yang berbeza latar belakang dan budaya. Kaunselor yang tidak memahami dan
mempelajari budaya seseorang klien akan melakukan kemudaratan dan menimbulkan
ketidakpuasan klien secara tidak lansung dalam perkhidmatan kaunseling ini.
Sememangnya tidak dinafikan
bahawa penggunaan TIK dalam kaunseling mengakibatkan isu-isu tertentu. TETAPI penggunaan TIK
memang sangat meluas dalam pelbagai karier. Sebagai seorang kaunselor, kita juga
seharusnya mengambil tahu berkenaan implikasi TIK dalam prestasi kerja. Implikasi
TIK boleh jadi positif mahupun negatif..Apa lagi? Jom kita baca implikasi TIK
dalam prestasi kerja..Hmm, yang mana satu??Positif la dulu..
|
Sumber: Google Image |
Di
sini, kita dapat melihat bahawa perkhidmatan kaunseling juga bergerak seiring
dengan kecanggihan TIK. Sejajar dengan kecanggihan tersebut terdapat beberapa
perkhidmatan kaunseling yang lebih moden telah diperkenalkan dan mula
diaplikasikan oleh kaunselor-kauselor di luar sana. Antara yang kita dapat
lihat, perkhidmatan kaunseling yang semakin dikenali bersesuaian dengan arus
pemodenan pada masa kini adalah
seperti khidmat kaunseling menggunakan
telefon, emel dan sidang video (videoconferencing).
Jika dilihat dari sudut positif terhadap
khidmat kaunseling menerusi telefon misalnya, seseorang kaunselor itu dapat
bekerja dengan klien yang pelbagai latar belakang geografi dan budaya. Bukan
itu sahaja, kaunselor juga dapat mempertingkatkan kemahiran mendengar, lebih
peka terhadap perubahan nada suara dan sebarang perkara yang mungkin berlaku
kepada klien tersebut (Rosenfield, 1997, p. 101). Di samping itu, penggunaan TIK
seperti laman sesawang, CD-ROMs dan siaran langsung (live streaming) juga dapat membantu para kaunselor yang mempraktikkan
kaunseling silang budaya terutamanya, untuk lebih peka serta memahami
sensitiviti dan kepelbagaian budaya berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Jencius (dipetik daripada Harper dan Mcfadden, 2003, p. 360).
Menurut
Sharar, Popovits dan Donohue (2010) telah menyenaraikan kelebihan bagi mereka
yang memilih perkhidmatan kaunseling ini. Antara kelebihannya adalah
perkhidmatan kaunseling dengan menggunakan TIK seperti telefon dapat
mengurangkan stigma ataupun rasa malu klien berbanding pergi ke ruang menunggu.
Kelebihan kedua pula adalah bagi pekerja yang mempunyai kesukaran untuk pergi
ke pejabat kaunselor. Hal ini terutamanya bagi mereka yang agak sibuk atau
banyak komitmen di mana sukar untuk meninggalkan pejabat kerana akan bergegas
untuk kembali ke pejabat apabila terdapat kesesakan lalu lintas misalnya jika
melibatkan sesi kaunseling di luar organisasi. Selain itu, sesetengah klien
lebih gemar atau lebih terbuka untuk berkongsi jika tidak dikenali. Akhir
sekali, perkhidmatan kaunseling menggunakan TIK juga lebih fleksibel dalam
penjadualan atau penetapan temujanji sesi kaunseling.
|
Sumber: Google Image |
Walaupun aplikasi teknologi ini telah
membuatkan kita melakukan kerja dengan mudah dan lebih cepat, ia tidak bermakna
kita akan menggunakan teknologi ini sepenuhnya. Semakin kita menggunakan
teknologi semakin banyak cabaran yang kita akan hadapi kerana kita tidak boleh
untuk mengawal perkembangan teknologi yang kian pesat membangun ini. Disini
terdapat beberapa implikasi negatif terhadap persembahan kerja.
Kerahsiaan dan keselamatan
Seperti
yang kita tahu, kerahsiaan adalah sangat penting di dalam sesi kaunseling. Hal
ini untuk memastikan maklumat klien selamat dan dijaga dengan baik.
Kadang-kadang kerahsiaan dan keselamatan tersebut diluar kawalan seorang
kaunselor. ramai orang beranggapan bahawa apabila email telah dipadamkan, ia
tidak akan muncul lagi dan tidak boleh dapatkannya semula. Tetapi dengan
kecanggihan teknologi masa kini, pihak lain boleh menceroboh dan boleh
mengakses segala aktiviti yang telah kita lakukan (Tyler & Sabela, 2003).
Jadi, maklumat tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak yang lain sebagai
contoh pengurus, programmer ataupun
rakan sekerja. Kaunselor perlu sedar akan risiko ini apabila menjalankan sesi
menggunakan teknologi yang ada ini.
Tiada isyarat lisan dan bukan lisan
Apabila
menggunakan teknologi ini, ia agak menyukarkan kaunselor untuk melihat dan
menilai isyarat secara lisan dan bukan lisan dari klien. Daripada isyarat ini
kita akan dapat tahu bagaimana emosi klien ketika itu dan dapat mengenalpasti
perbezaan dan keselarasan antara lisan dan bukan lisan yang disampaikan oleh
klien. Isyarat seperti ini tidak akan dapat dikesan kerana kebiasaannya
kaunselor tidak dapat melihat keseluruhan badan dan pergerakan klien tersebut.
Teknologi tidak dapat menafsirkan isyarat yang diberikan oleh klien. Contohnya
ton suara, riak wajah, bahasa tubuh dan isyarat mata. Kaunselor tidak dapat
memberikan sepenuh perhatian dan
komitmen kepada klien dalam membantu klien menyelesaikan isu yang klien hadapi.
Kaunselor tidak dapat menjalan sesi dengan berkesan dan emosi klien mungkin
terganggu dan secara tidak langsung akan mengganggu prestasi kerja klien.
Kesukaran dalam teknologi
Sekiranya
kaunselor dan klien kurang pengetahuan tentang teknologi, ia akan menyebabkan
kesukaran bagi mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kedua-duanya
harus tahu cara penggunaan teknologi yang betul dan perlulah mahir. Contoh, sekiranya komunikasi ini melibatkan
untuk memasang dan belajar tentang Software dan hardware, dan klien tidak mahir dalam mengendalikannya ia mungkin
akan menyebabkan sesi tersebut terganggu dan akan menambahkan tekanan kepada
klien. Biasanya perkara sebegini terjadi kepada pekrja bawahan yang tidak
didedahkan dengan pengetahuan IT. Kaunselor seharusnya juga mempunyai
pengetahuan tentang mengendalikan teknologi dengan cepat dan berkesan. Jadi
klien tidak akan memandang rendah kepada kemampuan atau kredibiliti seseorang
kaunselor tersebut.
Sebagai seorang kaunselor, apa kita perlu buat untuk
mengatasinya???Apa peranan kita ye??Hmm..Mari kita baca ini
Kaunselor merupakan
individu yang memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan teknologi
dalam kaunseling. Kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan hubungan dengan
klien sentiasa terjaga berdasarkan etika-etika kaunseling. Hubungan diantara
kaunselor dan klien adalah perkara yang perlu dititikberatkan walaupun dalam TIK.
Peranan
utama kaunselor adalah memastikan diri kaunselor dan klien sentiasa berada
dalam undang-undang dan peraturan semasa dengan membuat semakan dengan lembaga
perlesenan. Ini adalah bagi memudahkan kaunselor dan klien untuk sentiasa
berada di bawah perlindungan undang-undang yang telah ditetapkan. Kaunselor
perlu memaklumkan kepada klien tentang kod etika yang berkaitan bagi membimbing
klien dalam penggunaan internet kaunseling.
Kaunselor
juga perlu membantu klien dalam memilih, menilai, dan menggunakan aplikasi TIK.
Kaunselor perlu memainkan peranan sebagai pembuka jalan kepada klien untuk
mendapatkan faedah daripada TIK. Misalnya, dengan memberi pengetahuan kepada
klien tentang kebaikan dan keburukan TIK. Dengan cara itu, klien akan sedar
tentang kepentingan teknologi dalam kaunseling.
Selain
itu, kaunselor juga perlu mengenalpasti keperluan klien. Kaunselor
seharusnya menentukan sama ada klien adalah daripada golongan minor, dengan itu
kaunselor perlu memaklumkan kepada waris atau penjaga klien. Kaunselor juga
perlu memastikan klien faham terhadap sesi yang dijalankan. Contohnya dengan
membuat penilaian tentang perkara yang diperlukan oleh klien. Dengan cara
tersebut klien akan menyedari perkara yang perlu dan tidak perlu untuk beliau
lakukan.
Selain
memberi pengetahuan kepada klien, kaunselor bertanggungjawab untuk memberi
motivasi dan bantuan kepada klien dalam memproses data. Kaunselor boleh
mengawal penggunaan sosial media bagi klien juga. Contohnya, kaunselor meminta
klien untuk membaca artikel yang berkaitan dengan tentang isu klien yang telah
dihantar oleh kaunselor ke laman sosial klien. Kaunselor seharusnya memberikan
galakan dan semangat kepada klien untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik
dalam sesebuah penilaian.
Kaunselor
juga perlu menyediakan panduan bertulis untuk sosial media dan borang
persetujuan yang perlu ditandatangan oleh klien. Sebagai salah satu
daripada proses dalam kaunseling, kaunselor perlu memaklumkan kepada klien
risiko yang bakal timbul dalam sesi kaunseling dan memerlukan persetujuan
daripada klien sebelum sesi dijalankan. Klien juga perlu mengetahui akan
batas-batas hubungan dengan kaunselor serta memahami tanggungjawab klien
sepanjang sesi.
Sebagai
seorang kaunselor, memiliki akaun media sosial merupakan satu kelebihan untuk
kaunselor lebih aktif bagi mempromosikan kaunseling. Namun, kaunselor perlulah mengasingkan
di antara akaun media sosial peribadi dan profesional. Hal ini adalah bertujuan
untuk menjaga hubungan dengan klien. Kaunselor perlu menyediakan akaun profesional
sebagai menjaga hubungan dengan klien dan mengekalkan hubungan profesional
tersebut.
Di
samping itu, kaunselor juga perlu memahami budaya laman sosial klien.
Ini kerana terdapat klien yang tidak pernah tahu tentang TIK atau laman sosial.
Kaunselor juga perlu peka dan sedar bahawa ada di antara klien merupakan
golongan minoriti, perbezaan bahasa, dan perbezaan budaya.
Mungkin
kita tertanya-tanya bagaimana nak gunakan TIK dalam kaunseling..Bagaimana
proses kaunseling..dan adakah berbeza proses kaunseling individu dengan TIK
dalam kaunseling??
Kita
boleh lihat perbezaan melalui jadual ini:
Kaunseling Individu
|
TIK dalam Kaunseling
|
a)
Membina
hubungan
b)
Memerlukan
penilaian
c)
Menentukan
Objektif
d)
Intervensi
e) Memindahkan
dan mengamalkan kemahiran baru
f)
Penamatan
dengan penilaian
|
a)
Membina
hubungan
b)
Memerlukan
penilaian
c)
Intervensi
|
|
Sumber: Google Image |
a)
Membina hubungan
Membina hubungan merupakan tahap yang penting dalam
sesi kaunseling kerana hubungan yang baik akan membawa sesi kaunseling yang
lebih efektif. Ada juga kaunselor menggunakan TIK untuk membina hubungan dalam
sesi kaunseling. Sebagai contoh, mereka menggunakan Nintendo video games untuk membina hubungan dalam sesi kaunseling
melalui beberapa cara.
b)
Memerlukan penilaian
|
Sumber: Google Image |
Penerokaan yang baik akan menentukan kesungguhan
klien untuk menghadiri sesi kaunseling. Jika kaunselor tidak meneroka dengan
baik, kemungkinan klien tidak akan meneruskan sesi kaunseling. Bagaimana TIK
dapat membantu kaunselor untuk meneroka sesi kaunseling? Kaunselor menggunakan
perisian kumputer untuk mengetahui keperluan klien. Contohnya, di Stratford,
kaunselor menggunakan perisian ini untuk mengetahui pergantungan klien terhadap
kaunselor, ketakutan, halangan dan sebagainya.
c)
Intervensi
|
Sumber: Google Image |
Intervensi
yang betul dapat menyelesaikan isu klien dengan lebih efektif. Misalnya, jika
klien keliru dengan pekerjaan yang dilakukan, kaunselor dapat membantu klien
untuk melakukan penilaian dan menggunakan perisian yang ada untuk menunjukkan
klien mengenai pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka. Dengan menggunakan
internet juga, kaunselor dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh klien yang
tidak dapat melakukan sesi kaunseling secara bersemuka.
Selepas memahami
TIK dalam kaunseling mesti anda ingin ketahui berkenaan contoh-contoh TIK dalam
kaunseling kan? Apa lagi?Mari kita baca…
Bila bercakap pasal
perkambangan teknologi dalam kaunseling, Hummm.. mungkin dah ada yang tahu dan
mungkin ada yang belum tahu..Jadi, di sini tertariklah untuk kami buat
perkongsian mengenai teknologi bagaimana nak kembangkan IT dalam kaunseling
ni..seperti yang kita ketahui pada masa kini dunia penuh dengan plbagai jenis
teknologi. Sebenarnya, semuanya boleh untuk kita gunakan dalam
kaunseling…hah!!! yang paling terdekat iaitu telefon juga sudah dikira sebagai
teknologi untuk menghubungkan kaunselor dan klien…walaupun kita belajar
mengenai kaunseling yang penuh dengan etika kerahsiaan dan limitasi hubungan
kaunselor dan klien, namun dalam hal-hal yang dikira kecemasan yang menganggu
masalah klien, maka kaunselor bolehlah membuat sesi melalui telefon..dan juga
kita boleh kaitkan dengan email, wassap,
mesej biasa, serta facebook..yup!! semua itu adalah satu perkembangan IT dalam
kaunseling…seperti pengalaman kami sebagai klien,kami pernah buat sesi dengan
kaunselor berdaftar di alam maya(chat
facebook) untuk berkongsi masalah kami disebabkan pada waktu itu kami tidak
dapat hendak menjalankan sesi secara bersemuka…memang tidak dinafikan pada awalnya
itu macam tidak percaya hendak kongsi-kongsi ni walaupun kami daripada pelajar
kaunseling..tetapi yang menarik itu bila kaunselor terangkan mengenai etika
yang meyakinkan kami untuk berkongsi dengan beliau…
Jadi…..untuk
kami tidak salah menggunakan sistem teknologi sebagai penghubung antara
kaunselor klien..malah kadang-kadang tidak payah buat temujanji untuk buat sesi
pun kita sudah boleh kongsi masalah dengan kaunselor..hah!!!nak menarik
lagi..nak?? Nampak eye contact,
tingkah laku antara kaunselor-klien,
boleh juga gunakan sistem webcam
macam skype ke, video call ke..kan sekarang dah canggih..dalam we chat pon dah ade video
call…Jadi, bolehlah kan hubungi klien macam dalam sesi sebab nampak apa
yang klien buat…seronok juga guna aplikasi teknologi ni dalam kaunseling..Cuma tidak
boleh melampaui batas lah..kalau boleh biarlah untuk keperluan yang tidak
melanggar limitasi kaunselor klien…berbalik kepada klien yang malu hendak
perkenalkan diri pada permulaannya, mungkin boleh turut serta penilaian (assessment) dan inventori-inventori
secara online yang berkaitan dengan
personaliti kerjaya, mengenai kemurungan misalnya..semuanya boleh kita buat
dalam online internet dan akan buat
sesi seterusnya melalui email untuk mengetahui lebih lanjut masalah klien
tu..so..bes jugakkan cara yang mudah macam ni..tapi semua ni berbalik kepada
tanggungjawab dan kebajikan kaunselor untuk menjaga rahsia klien..ingat!!!etika
tetap perlu jaga juga…jangan hilangkan kepercayaan klien..letakkan prinsip mahu
bantu orang..bukan jaja cerita orang…hihihi…ok…bye!!
Mesti
anda tertarik dengan pembacaan kami..Mesti anda ingin tahu lebih lanjut
mengenai topik ini kan?Tunggu apa lagi?Jom sertai kami di Sarawak Peers
Colloquium 2015 (SPC’15) yang akan dijalankan pada 11 dan 12 Mei 2015 di Dewan
Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS. Jom ramai-ramai
|
Sumber: Google Image |
Sekian Terima Kasih.
Disediakan oleh:
1. Sharifah Monalisa binti Ramli
2. Sharmin binti Saferi
3. Siti Mariyam binti Mohd. Zaini
4. Siti Noor Fatin binti Idrus
5. Taqiah binti Salleh
6. Ting Kah Kiong
7. Yogeswary A/P Balakrishnan
Do Something Today That Your Future Self Will Thank You For
~ Nurul Raheemah Bava Bugardeen