Thursday, April 23, 2015

Perkongsian | Isu Kerjaya di Organisasi

Assalamualaikum dan Hi semua... Semoga semuanya sihat walafiat dan dalam keadaan yang ceria dan happy selalu...


Baiklah, pada entri kali ini, kami akan berkongsi sedikit gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan isu kerjaya dalam organisasi...

Barisan pembentang sedang memperkenalkan diri mereka

Saudari Nabila Shafie membentangkan mengenai Perkembangan Teknologi maklumat
Antara isi perbincangan pada minggu ini adalah memfokus isu-isu kerjaya atau permasalahan yang muncul di dalam sesebuah organisasi, peranan kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan klien yang membawa isu kerjaya ke sesi serta kegunaan teknologi maklumat di dalam membantu menjalankan proses kaunseling.


Dr Amalia bersama barisan pembentang Isu Kerjaya dalam Organisasi

Dr Amalia bersama pembentang terbaik, Saudari Nisha Nurshazwani Baharom
Untuk mengetahui intipati pembentangan mereka dengan lebih lanjut, klik sini ye  Isu Kerjaya di Organisasi

Sampai di sini sahaja entri pada kali ini... Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan kupasan isu yang lebih menarik... 

When life is SWEET, Say Thank You and celebrate
When Life is BITTER Say Thank You and Grow
-Nurul Raheemah Bava Bugardeen 
 

Thursday, April 9, 2015

Perkembangan Teknologi di Tempat Kerja


Sumber: Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua :)
Pada kali ini, kami akan berkongsi serba sedikit tentang kesan isu teknologi: Perkembangan teknologi di tempat kerja. Bagi memulakan perkongsian, kami akan berkongsi tentang isu–isu mengenai teknologi dan kesan teknologi dalam konteks organisasi.
Isu Semasa
Teknologi merupakan pembangunan dan penggunaan alat bantuan seperti mesin, pengaturan dan proses yang menyelesaikan masalah serta memudahkan manusia dalam kehidupan seharian.  Di tempat kerja, teknologi banyak digunakan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kerja-kerja di pejabat. Antara contoh-contoh teknologi yang sering digunapakai di organisasi ialah seperti komputer, mesin fotokopi, mesin faks dan banyak lagi. Tidak dilupakan jugak bahawa internet merupakan salah satu daripada teknologi yang menjadi asas pada masa kini. Selain itu, kemudahan seperti emel dan jaringan sosial menjadi salah satu alat komunikasi utama.
Walaubagaimanapun, teknologi ini juga mewujudkan isu-isu di organisasi. Pertama, maklumat pengguna teknologi mungkin tidak terjamin kerahsiaannya oleh pengatur program tersebut. Contohnya, maklumat pelajar-pelajar di sesebuah universiti tmungkin terdedah kepada manusia yang tidak bertanggungjawab. Kedua, salah faham dalam komunikasi juga mungkin berlaku dengan penggunaan teknologi ini. Seterusnya, penyalahgunaan teknologi merupakan isu yang dianggap biasa. Sebagai contoh, pekerja di organisasi menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk kegunaan peribadi. Kurang pengetahuan tentang teknologi juga membuatkan penyampaian sesuatu maklumat dalam organisasi terbatas dan membuatkan pekerjaan menjadi kurang efektif.
Setelah mengetahui isu-isu semasa dalam konteks organisasi, kami akan mengupas dengan lebih lanjut tentang kesan-kesan teknologi maklumat kepada organisasi.
Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi
POSITIF
NEGATIF
Memudahkan Kerja Seharian
Teknologi telah membantu pekerja di pejabat menjadi semakin mudah. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen.  Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya.

Jenayah siber
Pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
Menjimatkan Masa
Pekerja dapat menjimatkan masa mereka terutamanya jika ingin berurusan dengan organisasi lain. Pekerja hanya perlu menelefon, menghantar faks, berhubung melalui panggilan video, menghantar proposal, laporan melalui email dan sebagainya. Pekerja tidak perlu lagi pergi ke tempat berkenaan jika terdapat urusan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos.


Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem computer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
Memudahkan perhubungan.
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Kemudahan komukasi ini banyak membantu organisasi untuk berhubungan di seluruh pelusuk dunia.
Kewujudan budaya plagiarism
Sebagai contoh, pekerja telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.  Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri..
Komunikasi yang lebih efektif
Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum menjadi medium yang popular untuk menyampaikan maklumat. Golongan pekerja zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini terutamanya kepada rakan- rakan mereka. Dengan cara ini maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.


Sumber: Google


Berkongsi pendapat dan info terkini
Blog dan forum adalah medium yang terbaik untuk bertukar pendapat dan mendapatkan info terkini. Pekerja masa kini lebih berminat menggunakan forum untuk mencari maklumat terkini dan saling berkongsi pendapat mereka dengan rakan yang hanya dikenali di alam maya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Sumber dari link ini : Kesan Teknologi Maklumat

Jadual 1: Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi


Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Perspektif Kaunseling
1.     Sesetengah kaunselor menggunakan internet untuk menghubungi klien. Kaunselor pemulihan menggunakan laman sesawang untuk melakukan penilaian, perancangan dan perkhidmatan penghantaran (Patterson,2000). Klien yang mempunyai penyakit mental atau gangguan terutamanya serangan panic atau agoraphobia boleh mendapat manfaat daripada penggunaan internet yang membantu dalam kemahiran  berdikari dalam kehidupan terutamanya menggunakan penjagaan bersemuka. Pakar diet juga menggunakan laman sesewang seperti blog daripada kaunseling pakar pemakanan untuk mengetahui pemakanan yang sihat.
2.    Selain itu, penggunaan laman sesawang dapat membantu kaunselor dalam mencari maklumat untuk pembangunan kerjaya pelajar pelbagai maklumat semasa seperti informasi tentang kolej-kolej, pasaran pekerjaan, kemahiran yang asas dan pelbagai data dapat diperolehi dengan mudah diinternet.
3.    Perkhidmatan penghantaraan terus daripada teknologi kebanyakkan digunakan dalam pelbagai setting dalam terapi kaunseling. Tiga fungsi laman sesawang sesuai digunakan dalam kaunseling interaksi, asynchronous communication,komunikasi bersuara dan  video persidangan. Ciri-ciri komunikasi ini membawa kepada jalan keunikan sama ada mempunyai kelebihan dan limitasi. Pelbagai  perkara yang perlu diambil berat seperti kekurangan tanda-tanda fizikal, potensi untuk menipu dan kerahsiaan. Walaubagaimanapun individu daripada hubungan yang berpanjangan dan perkhawinan berdasarkan laman sesawang menunjukkan potensi yang bermakna dan professional teraputik dalam hubungan klien dalam penggunaan laman sesawang.
4.    Selain itu pasukan sokongan di dalam talian untuk individu yang  mengalami kehilangan insan tersayang mempunyai keputusan positif yang sama. Peserta yang menggunakan talian ini dapat menjalinkan hubungan yang mesra didalam talian meskipun tidak pernah bersua disebabkan oleh sokongan yang diberikan. Kumpulan sokongan selalunya bukan membabitkan individu yang professional, malahan turut seperti melibatkan individu yang kehilangan orang tersayang, anoreksia dan isu lain. Kejayaan kumpulan sokongan dalam talian sangat penting untuk membincangkan kejayan kaunseling dan strategi teraputik. Kumpulan sokongan sosial dapat membangunkan model yang boleh digunakan didalam reka bentuk program dan penilaian.

Peranan Kaunselor Dalam Mengendalikan Isu Teknologi
1.     Penguasaan Ilmu Teknologi
Perkembangan ilmu teknologi yang semakin pesat memerlukan kaunselor untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dalam membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor boleh menghadiri kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatan mutu perkhidmatan yang disediakan untuk mengaplikasikan ke alam maya. 

2.    Maklumat yang tepat terhadap perkhidmatan kaunseling yang disediakan
Penggunaan teknologi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat di alam maya, namun tidak semua maklumat adalah benar dan sahih. Hal yang demikian, kaunselor perlu memberi maklumat yang tepat kepada pengguna internet agar tidak berlaku salah faham atau penyalahgunaan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan kaunseling hendaklan disediakan agar pengguna internet mudah untuk mendapatkan keterangan daripada sumber yang sahih.  

3.    Kerahsiaan
Walaupun sesi kaunseling menjalankan teknologi sebagai medium perkhidmatan, kerahsiaan klien masih perlu dijaga bagi menjamin kesejahteraan klien. Dokumen perjalanan sesi hendaklah disimpan sebagai rujukan kaunselor.

4.    Akses internet yang lancar
Sebelum kaunselor memulakan sesi secara virtual, kaunselor dan klien haruslah memastikan kelancaran atau kelajuan internet di tempat mereka dalam keadaan yang bagus. Peranan organisasi dalam hal ini adalah penting dalam memastikan kelancaran internet di tempat mereka. Ini kerana akses internet yang baik akan memudahkan perkongsian maklumat diperolehi.
5.    Membentuk persekitaran yang terapeutik
Penggunaan teknologi ketika melakukan sesi seperti mengadakan sesi secara virtual mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada klien, maka di sini peranan kaunselor adalah dengan mewujudkan suasana yang terapeutik agar sesi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Persekitaran yang terapeutik ini boleh diwujudkan secara alam maya mahupun realiti. Penggunaan cermin mata khas ketika melakukan sesi boleh membantu klien merasakan seperti berada bersama-sama kaunselor dalam satu bilik yang direka khusus bagi mengendalikan sesi di alam maya.
6.    Memahami dan merujuk Akta Kaunselor 1998 sebelum menjalankan sesi
Akta Kaunselor 1998 telah menggariskan beberapa panduan yang kaunselor perlu patuhi ketika menjalankan sesi yang melibatkan penggunaan teknologi. Antara perkara –perkara yang telah digariskan itu adalah dibawah Perkara A.12.g dan A.12.h. 

Bagaimana Teknologi Boleh Membantu?
Penggunaan Teknologi Informasi pada masa kini sememangnya sangat penting. Pengaruhnya sangat besar dan sangat berguna dalam dunia kaunseling. Ini kerana kaunselor tidak selalunya boleh berada di tempat-tempat tertentu pada bila-bila masa mereka diperlukan untuk memberi kaunseling. Dengan wujudnya teknologi informasi bagi membantu kaunselor, ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi tugas yang wajib mereka laksanakan.

  • MEDIA SOSIAL KOMUNIKASI

Penggunaa teknologi Informasi sebagai medium untuk memberikan bimbingan dan kaunseling sangatlah diperlukan pada masa kini terutamanya jika klien mereka mahukan respon yang cepat terhadap masalah mereka. Jadi sesi kaunseling dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan pelbagai applikasi seperti Messanger, wechat, Whatsapp dan lain-lain applikasi yang dirasakan amat berguna mengikut keselesaan klien. Ada sesetengah situasi yang kritikal seperti klien yang sangat beremosi, penggunaan teknologi amatlah penting bagi memberikan keselesaan pada klien kerana perbincangan secara bersemuka agak tidak memberikan privasi pada ketika itu.

  • DIGITAL

Penggunaan  teknologi informasi juga amatlah berguna dalam keberkesanan kaunseling terhadap klien. Sebagai contoh penggunaan video cam dimana kaunselor dan klient dapat berhubung secara visual dalam membincangkan krisis-krisis yang dialami apabila klien tidak dapat hadir pada temujanji. Ini membuatkan sesi kaunseling menjadi sangat efisien walaupun tidak duduk didalam satu bilik.. Maklumat-maklumat seperti gambar, pdf, informasi berita dan lain-lain boleh di hantar dengan cepat untuk dibaca oleh klien. Segala jadual waktu sesi kaunseling juga dapat dihantar oleh kaunselor kepada klient melalui teknologi informasi .

  • MULTIMEDIA

Melalui teknologi informasi sesi kaunseling dapat dilakukan dengan cara yang sangat kreatif seterusnya menimbulkan minat klien terhadap isu yang dibincangkan. Misalnya penggunaan power point yang boleh diletakkan gambar, audio dan lain-lain lagi membuatkan sesi kaunseling tidak bosan.
Oleh itu, teknologi informasi yang bersepadu amatlah membantu dalam dunia kaunseling. Ianya sangat berguna kepada kedua-dua belah pihak samada kaunselor mahupun klien jika digunakan dengan  cara yang sebaiknya.
Sekian sahaja perbincangan daripada ahli kumpulan kami. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri ini. Terima kasih J



Disediakan oleh kaunselor pelatih,

1. Nur Syuhada bt Shahidan
2. Nur Maizatul Akma bt Abdullah Zawawi
3. Nor Syuhadah bt Abdul Aziz
4. Norhayani bt Hassan
5. Nor Syahira bt Hasnan
6. Nor Fadhillah bt Salleh
7. Nurlatifah binti Abdul Rahim @ Halmi


Sunday, April 5, 2015

Jemputan ke Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC'15)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakan Kaunselor,

Di sini kami ingin menjemput rakan kaunselor, rakan associate kaunseling, profesionals, dan pelajar untuk bersama kami ke Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC'15) pada 11 dan 12 Mei 2015 di Dewan Tun Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan. 

Sila layari laman sesawang rasmi di www.spc-unimas.com

Hubungi kami di emel:  spc15.secretariat@gmail.com atau no tel: 017-8570510

See you all there ;) 

Yang ikhlas ~ Amalia.

Dance/Movement Therapy (DMT) sebagai Teknik dalam Pendekatan Kaunseling Keluarga

Assalammualaikum dan Hello Semua,

Apa khabar semua?  Semoga dalam keadaan sihat hendaknya. 

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi salah satu teknik atau pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam sesi kaunseling keluarga. 

Pertama sekali, kita perlu recall apakah itu kaunseling keluarga?  Kaunseling keluarga adalah suatu pendekatan membimbing ahli keluarga dalam sesi kaunseling.  Kaunseling ini melibatkan interaksi antara ahli keluarga.  Kemahiran kemahiran dan jenis kaunseling seperti individu dan kelompok sememangnya diaplikasikan dalam kaunseling keluarga.

Selalunya, kita akan melihat dinamik kekeluargaan daripada sesi tersebut, perhubungan, budaya, sistem kekeluargaan itu sendiri dan sebagainya.  Matlamat utama bagi sesi kaunseling ini adalah memupuk perubahan dalam sistem kekeluargaan ke arah yang lebih sihat.  Kaunseling keluarga ini termasukan menjalani sesi kaunseling bersama suami isteri (couple counseling), parental counseling (kaunseling keibubapaan) dan terapi sistem keluarga.

Banyak ahli teori berkenaan dengan teori sistem keluarga seperti Bowen, Satir, Bateson, Haley, dan Whitaker.  Namun, dalam blog kali ini, saya tak nak bincangkan teori-teori ini.

Saya amat tertarik dengan satu teknik ketika kita boleh membuat sesi kaunseling bersama dengan klien ahli keluarga iaitu Dance/Movement Therapy (DMT).  Dalam kajian DMT, terdapat dua fasa bermula pada 1960an di mana ahli terapi mendapati pendekatan ini dapat membantu klien untuk membincangkan isu kaunseling dalam keluarga.  Fasa yang kedua bermula pada tahun 1970an pula, ahli terapi telah mengkaji keberkesanan DMT secara pendekatan psikotherapeutik  melalui eksperimen.  

Prinsip utama DMT adalah "Badan dan Jiwa Tidak Boleh Dipisahkan".  Saya sentiasa percaya yang badan (fizikal), mental dan emosi tidak boleh dipisahkan.  Sebarang pergerakan boleh merefleksi pemikiran, personaliti, dan kendiri individu.  Menarik kan?  

Oklah rakan kaunselor..semoga kita dapat mengupas topik ini pada suatu hari nanti terutamanya di Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC'15) pada 11 dan 12 Mei kelak.  in sya Allah ;)

Jumpa kami di sana. 

Take care and have a good weekend ahead.

Love ~ Emma
Twitter: @AmaliaMadihie

Thursday, April 2, 2015

Pilihan Kerjaya, Kata Hati atau Kemampuan Diri?


Sumber: Google Image
Bermula dari besar hingga kecil manusia mengalami proses kehidupan dan berkembang dari semasa ke semasa. Kami juga berkembang… tapi jangan salah faham pulak… maksud kami di sini, berkembang adalah melalui proses pembentukkan diri sepanjang hayat individu. Seseorang manusia itu perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan teratur…. Peace 
Sumber: Google Image
“Masa depan” ..ermm… apa yang pembaca semua fikir bila sebut tentang perkataan ni?... mesti ada sesetengah orang dah bosan kan asyik-asyikdengar masa depan… masa depan,   masa depan apa ade dengan masa depan ni… masa lalu tak leh ke? Hahaha… okay lah bagi kami terang dulu okay apa itu masa depan…. dan kenapa masa depan ni ada kaitan dengan perkembangan kerjaya pulak? Masa depan adalah peristiwa mendatang yang akan dilalui oleh semua makhluk di muka bumi ni lepas tu kaitannya dengan perkembangan kerjaya pulak adalah siapa diri kita sekarang mencerminkan diri kita nanti bila dah tua..contoh kami ada sepupu, dulu dia sangat malas belajar tapi lepas kena rotan dengan bapak dia masa mandi parit dulu dia terus berubah.. pak cik kami ni tak cakap banyak tapi anak-anak dia semua sayang kat dia. La ni sepupu kami tu dah jadi jurutera kot… sungguh kami tak sangka… kami yang tak nakal pun kerja biasa-biasa ja.  Sejak kena rotan tu dia nekat untuk berubah sebab dia tahu bapak dia tak suka dengan sikap dia masa tu. Dia rancang hidup dia. Ada satu hari tu dia tunjuk kat kami apa yang dia pernah buat dulu masa belajar dekat Politeknik. Masa belajar dia selalu libatkan diri dalam aktiviti yang poli anjurkan. Dia selalu juga la jadi pengarah program ni, ajk program tu… kami pun kadang-kadang hairan dengan dia tu… setiap kali balik cuti badan tinggal sekeping. Ha masa cuti baru kami dapat tengok isi sikit… kalau tidak hampeh tulang ja…kami rasa mungkin sebab pengamalan dan ilmu yang dia ada buat orang mudah nak ambil dia bekerja.  Sikit lagi tentang sepupu kami ni, dia confident ja dengan apa yang dia buat sampai kadang-kadang kami terfikir juga gila cool budak ni…. Tapi dah jalan tu dia pilih so, apa yang dia usaha dia dapatla setimpal dengan apa yang dia buat selama ni.

Seterusnya, bila ada mula pasti ada akhirnya kan? Ya la mana ada ikan yang ada kepala saja,  mesti kepala dengan ekor kan… kami nak cakap yang individu yang kerja sekarang, satu masa nanti dia akan bersara juga… tu ja sebenarnya… kalau ikut apa yang kami ada baca,  orang yang bersara ni start umur 60-66 tahun. Dengan hidup yang penuh dengan cabaran sekarang ni kita memang kena rancang dengan teliti. Individu yang dah nak bersara mesti atur dan buat peracangan seawal usia 20an lagi sebab kita tak boleh nak jangka keadaan kita masa depan nanti.

Kami suka kata-kata dari Bajtelsmit dan Rappaport (2015) dalam kajian yang telah dilkamikan menyatakan bahawa kebanyakkan pekerja dalam sesebuah organisasi selalunya memilih untuk bersara awal daripada tempoh yang sepatutnya tidak fikir panjang sebelum buat keputusan.Tiada perancangan yang dibuat. Yang kena risau lebih sikit bila kena dekat bahagian duit-duit ni. Kewangan kalau tak kukuh masa bersara nanti memang sakit juga nak teruskan hidup. Sebelum bersara tu kena sediakan sejumlah duit  bagi tujuan kecemasan contohnya sakit ke, mati, anak nak sambung belajar, dan banyak lain-lain. Jadi, mulakan menyimpan untuk persaraan lebih awal, cari pengetahuan tentang hal-hal berkaitan persaraan, ambil tahu tentang plan tindakan berkaitan persaraan, dan yang paling penting jangan sesekali guna duit simpanan tu untuk tujuan lain. kalau boleh hilangkan dari ingatan sehingga sampai masa yang sesuai untuk digunakan. 

ISU SEMASA DALAM ORGANISASI
PEMBANGUNAN KERJAYA
1)      Stress di tempat kerja
Sumber: Google Image 
Tekanan perasaan terhasil apabila kuasa luaran bertindak ke atas sebuah struktur, sistem atau organisma dan mengganggu keseimbangan atau menghasilkan tekanan. (Kamus Perubatan Taber). Dalam erti kata lain, tekanan perasaan terhasil diakibatkan sebarang faktor emosi, fizikal, sosial, ekonomi atau faktor-faktor lain yang memerlukan tindakbalas atau perubahan. Secara amnya ramai berpendapat bahawa sedikit tekanan tidak mengapa (kadangkala tekanan ini dikenali sebagai cabaran atau tekanan positif) tetapi apabila tekanan berlaku melebihi jumlah yang mampu ditanggung, perubahan mental dan fizikal mungkin berlaku.
Tekanan di tempat kerja merupakan tindakbalas emosi dan fizikal yang terjadi apabila berlaku konflik di antara kehendak pekerjaan terhadap pekerja dan kebolehan pekerja memenuhi kehendak dan jangkaan tersebut. Secara amnya, kombinasi permintaan tinggi kerjaya dan jumlah kawalan yang rendah terhadap sesuatu situasi boleh mengakibatkan tekanan.
2)      Career burnout
Burnout atau kerja Pekerjaan burnout dicirikan oleh keletihan, kekurangan semangat dan motivasi, perasaan yang kurang berkesan, dan juga mungkin mempunyai dimensi kekecewaan atau sinis, dan hasilnya mengurangkan keberkesanan di tempat kerja. Satu bukti semakin bertambah yang menunjukkan bahawa pembakaran secara klinikal dan nosologically serupa dengan kemurungan.Burnout adalah disebabkan oleh tahap tekanan tinggi jangka panjang, dan burnout pekerjaan adalah sejenis tekanan sendiri.
Burnout Pekerjaan biasanya dan terutamanya ditemui dalam profesion perkhidmatan manusia. Profesion dengan tahap burnout termasuk pekerja sosial, jururawat, guru, peguam, jurutera, doktor, wakil-wakil perkhidmatan pelanggan, dan sebagainya. Salah satu sebab mengapa burnout begitu berleluasa dalam bidang perkhidmatan manusia adalah kerana sebahagian, untuk kerja-kerja tekanan tinggi persekitaran dan tuntutan emosi kerja.
Burnout adalah disebabkan oleh tekanan bahawa seseorang itu tidak dapat menampung sepenuhnya. Burnout Pekerjaan sering berkembang perlahan-lahan dan tidak boleh diiktiraf sehingga ia menjadi teruk. Apabila harapan seseorang tentang pekerjaan dan realitinya berbeza, burnout boleh bermula.Gejala burnout termasuk sikap tidak berfungsi terhadap kerja, keletihan, hilang motivasi, kesusahan, dan perasaan ketidakberkesanan. Mekanisme upaya pemulihan yang lemah boleh menyumbang kepada atau terhasil daripada burnout.
3)      Peralihan Kerjaya
Sumber: Google Image
KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
  • Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
  • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
  • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
  • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
4)      Perbezaan Budaya
-     Kepelbagaian budaya adalah kualiti budaya yang pelbagai atau berbeza, berbanding dengan monokultur, seperti dalam monokultur global, atau penyeragaman budaya, serupa dengan pereputan budaya. Ungkapan kepelbagaian budaya juga boleh merujuk kepada yang mempunyai budaya yang berbeza menghormati perbezaan masing-masing. Ungkapan "kepelbagaian budaya" juga kadang-kadang digunakan untuk bermaksud kepelbagaian masyarakat manusia atau budaya di rantau tertentu, atau di dunia secara keseluruhan. Tindakan merosakkan budaya globalisasi sering dikatakan mempunyai kesan negatif terhadap kepelbagaian budaya di dunia.

5)      Glass ceiling
Sistem yang tidak adil atau set sikap yang menghalang beberapa orang (seperti wanita atau orang dari kaum tertentu) daripada mendapat pekerjaan yang paling kuat. Halangan yang tidak dapat dilihat tetapi sebenar yang melalui peringkat seterusnya atau tahap kemajuan dapat dilihat, tetapi tidak boleh dicapai dengan satu bahagian daripada pekerja yang berkelayakan dan layak.Halangan tersebut wujud kerana menjejaskan tersirat berdasarkan umur, keturunan, fahaman politik atau agama, dan / atau seks.Walaupun secara umum haram, amalan itu berleluasa di kebanyakan negara.
6)      Dual career
Sebuah keluarga dwi-kerjaya adalah sebuah keluarga di mana kedua-dua ibu bapa mempunyai kerjaya. Istilah ini biasanya hanya digunakan bagi mereka yang bekerja di luar rumah, dan ia tidak termasuk orang-orang yang di rumah. Pekerjaan juga biasanya kerjaya dengan matlamat kemajuan dan bukannya kerja sementara.
Hubungan di mana kedua-dua pasangan mempunyai kerjaya di luar adalah semakin biasa, malah di kalangan pasangan yang mempunyai anak-anak. Ini menjadi lebih biasa disebabkan oleh lebih ramai wanita memasuki tenaga kerja dan keperluan pendapatan yang berganda untuk menyokong keluarga atau gaya hidup pilihan. Terdapat kebaikan dan keburukan untuk jenis ini dengan keluarga dan bekerja gaya yang memberi kesan kepada setiap pasangan atau keluarga yang berbeza.
Adalah penting bagi pasangan dwi-kerjaya untuk membincangkan keinginan kerjaya dan matlamat supaya mereka berdua di padang yang lebih bermain, dan kadang-kadang pasangan mengubah fikiran mereka tentang menjadi keluarga dwi-kerjaya sebagai kelemahan berat ke atas mereka atau matlamat hidup mereka berubah. Kestabilan kewangan adalah salah satu manfaat yang paling penting sejak dua pendapatan yang memperuntukkan kebebasan kewangan yang meningkat.Kepuasan hubungan juga biasanya tinggi kerana individu yang berorientasikan kerjaya mempunyai banyak persamaan. 
PERSARAAN
1)      Bersara awal 
Persaraan adalah titik di mana seseorang berhenti pekerjaan sepenuhnya. Seseorang boleh juga separa bersara dengan mengurangkan jam kerja.Semakin ramai individu memilih untuk menunda titik ini daripada jumlah persaraan. Dengan memilih untuk wujud di negeri ini baru muncul Pra-persaraan
Ramai orang memilih untuk bersara apabila mereka layak untuk faedah pencen swasta atau awam, walaupun ada yang terpaksa menarik diri apabila keadaan fizikal tidak lagi membenarkan orang untuk bekerja lagi (oleh penyakit atau kemalangan) atau akibat daripada undang-undang mengenai kedudukan mereka. Di kebanyakan negara, idea persaraan adalah asal baru-baru ini, yang diperkenalkan pada lewat abad ke-20 ke-19 dan awal. Sebelum ini, jangka hayat yang rendah dan ketiadaan perkiraan pencen bermakna bahawa kebanyakan pekerja terus bekerja sehingga mati. Jerman merupakan negara pertama memperkenalkan persaraan, pada tahun 1889.
Pada masa kini kebanyakan negara maju mempunyai sistem untuk menyediakan pencen apabila bersara di usia tua, yang mungkin ditaja oleh majikan dan / atau negeri. Di kebanyakan negara-negara miskin, sokongan untuk lama masih terutamanya disediakan melalui keluarga. Hari ini, bersara dengan pencen yang dianggap hak pekerja di kebanyakan masyarakat, dan keras ideologi, sosial, budaya dan politik pertempuran telah berjuang sama ada ini adalah hak. Di kebanyakan negara barat hak ini yang disebut dalam perlembagaan negara.
2)      Kewangan
Sumber: Google Image 
Dalam penggunaan umum, rancangan kewangan adalah penilaian yang komprehensif keadaan kewangan semasa dan masa depan seseorang dengan menggunakan pembolehubah kini dikenali untuk meramalkan aliran tunai masa hadapan, nilai aset dan rancangan pengeluaran. Ini biasanya termasuklah bajet yang menganjurkan kewangan individu dan kadang-kadang termasuk satu siri langkah-langkah atau matlamat tertentu untuk menghabiskan dan menyimpan pada masa akan datang. Pelan ini memperuntukkan pendapatan masa depan untuk pelbagai jenis perbelanjaan, seperti sewa atau kemudahan awam, dan juga memelihara beberapa pendapatan untuk jangka pendek dan jangka panjang simpanan. Pelan kewangan kadangkala dirujuk sebagai pelan pelaburan, tetapi dalam kewangan peribadi pelan kewangan boleh memberi tumpuan kepada bidang-bidang tertentu yang lain seperti pengurusan risiko, ladang, kolej, atau persaraan.
    3)      Peranan dalam perubahan
Perubahan peranan, peranan dalam pengurusan perubahan, matlamat utama pengurusan perubahan adalah untuk melibatkan kakitangan dan menggalakkan mereka menggunakan cara baru untuk melkamikan kerja mereka. Sama ada ia adalah satu proses, sistem, peranan kerja atau perubahan struktur organisasi (atau semua di atas), projek yang hanya berjaya jika pekerja individu mengubah tingkah lkami harian mereka dan aliran kerja. Ini adalah intipati pengurusan perubahan - menggerakkan perubahan individu perlu bagi inisiatif untuk berjaya dan menyampaikan nilai kepada organisasi.
Terdapat sebuah sistem orang dalam organisasi yang bertanggungjawab untuk menyokong pekerja dalam membuat peralihan ini. Dari peringkat tertinggi kepimpinan untuk penyelia barisan hadapan, berkesan menguruskan perubahan memerlukan sistem pelakon semua bergerak serentak dan memenuhi peranan tertentu berdasarkan hubungan mereka yang unik kepada perubahan di tangan. Tutorial ini mengkaji lima peranan pengurusan perubahan utama: pengurusan perubahan sumber / pasukan, eksekutif dan pengurus kanan, pengurus pertengahan dan penyelia, pasukan projek, fungsi sokongan projek.
Pekerja berjaya boleh membuat peralihan peribadi mereka sendiri apabila setiap pelakon ini memenuhi peranan mereka dalam konteks, perubahan yang dirancang pendekatan pengurusan holistik.
Implikasi Prestasi Kerja : Pembangunan Kerjaya

Tekanan di tempat kerja
·   
    Tekanan adalah hasil daripada apa-apa emosi, fizikal, sosial, ekonomi, atau lain-lain faktor yang memerlukan maklum balas atau perubahan. Tekanan di tempat kerja itu adalah tindak balas fizikal dan emosi yang berbahaya yang boleh berlkami apabila terdapat konflik antara permintaan pekerjaan ke atas pekerja tersebut dan jumlah kawalan pekerja terhadap bidang tugas tersebut. Ia boleh memberi kesan kepada kedua-dua pekerja dan majikan. Sebagai contoh, ketidakhadiran yang tinggi, jumlah dagangan tinggi buruh,  prestasi kerja dan produktiviti yang lemah, moral yang rendah, motivasi dan peningkatan aduan pekerja.

Kerjaya ‘Burnout’
·     
     Kesan kerjaya ‘burnout’ termasuk faktor luar, kerja, faktor peribadi dan kehidupan yang berkaitan. Pekerja memberi tumpuan yang rendah kepada tugasan kerja. Kemudian, mereka juga mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang rendah untuk bekerja. Tiga kesan atas tekanan  pada kerja tertumpu kepada kepuasan kerja yang rendah dan keinginan untuk menukar pekerjaan, amalan, atau kerjaya.

Perbezaan Budaya
·         Jarak kuasa dalam dimensi menjawab hubungan hierarki asas antara bos dan pekerja bawahan. Sikap individualistik memberi kepentingan kepada pekerja berkenaan gaya hidup peribadi,  kebebasan dan cabaran dalam pekerjaan.

Glass Ceiling’ : Diskriminasi bagi wanita
·         Fenomena glass ceiling merupakan satu sikap dalam organisasi yang menghalang pekerja wanita untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Antara kesan terhadap fenomena ini pada prestasi kerja akan menyebabkan pekerja wanita kurang motivasi dalam pekerjaan serta pekerja wanita tersebut mengalami kemurungan.

Dual Kerjaya
·         Dual kerjaya akan memberikan konflik terhadap pekerja tersebut untuk mengimbangi kedua-dua tanggungjawab ini. Dual kerjaya akan memberi cabaran kepada pekerja dan boleh menyebabkan tekanan. Tekanan tersebut seterusnya akan membawa kepada prestasi yang lebih rendah di tempat kerja. Syarikat perlu sentiasa proaktif dan bukan reaktif dari segi membantu pekerja mereka untuk menangani isu-isu ini.

Persaraan
·         Persaraan akan memberi implikasi terhadap majikan mengenai masalah merekrut pekerja baru. Tanpa keupayaan untuk menghendaki persaraan, majikan perlu mengurus tahap prestasi pekerja yang bakal bersara. Bagi majikan perlu membuat kajian semula prestasi pekerja yang ditetapkan, ini tidak mungkin menjadi masalah, tetapi bagi majikan tanpa proses itu akan menimbulkan kesukaran di tempat kerja. Majikan perlu sentiasa peka kepada kemungkinan bahawa beberapa masalah prestasi kerja akan menurun berdasarkan ketidkamipayaan atau penyakit. Ini akan menjadi lebih penting apabila berurusan dengan pekerja yang lebih tua yang mempunyai masalah prestasi.

Peranan Kaunselor dalam Perkembangan Kerjaya dan Persaraan
Menjadi Pembimbing
-Kaunselor kerjaya banyak memainkan peranan sebagai pembimbing kepada masyarakat luar dalam membantu mereka memilih kerjaya dan bagaimana membuat persediaan ke alam pekerjaan.
-Kaunselor juga membantu masyarakat mengenali dan belajar kemahiran yang boleh digunakan dalam membuat perancangan dan memilih kerjaya melalui beberapa ujian yang boleh membantu mereka mengetahui sama ada kerjaya pilihan mereka bersesuaian atau tidak dengan minat mereka. Antara ujian penilaian yang boleh dijalankan adalah seperti Self Directed Search (SDS), Ujian Personaliti Sidek dan sebagainya.
-Menurut Krumboltz, Learning Theory of Careers Choice and Counselling (LTCC)  menyediakan bimbingan daripada seorang kaunselor kerjaya yang tahu bagaimana hendak membantu setiap individu yang mempunyai konflik atau permasalahan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerjaya.
Pengendali program kaunseling kerjaya
-melalui program-program kerjaya sebenarnya banyak membantu para pelajar ataupun lepasan spm/stpm/diploma atau ijazah untuk membantu mereka mengenali pekerjaan yang manakah lebih bersesuaian dengan minat dan kemahuan mereka mereka. Melalui program kerjaya ini, kebanyakkan para pelajar akan didedahkan dengan setiap bidang pekerjaan yang memberi pendedahan kepada mereka mengenai dunia pekerjaan.
-Menurut The National Career Development Association (NCDA) (1993), membantu individu meningkatkan kefahaman mereka mengenai keupayaan , minat, nilai dan matlamat  dalam diri mereka sebagai suatu asas yang penting dalam proses perkembangan kerjaya mereka.
Memberi pendedahan mengenai persaraan
-Kaunselor boleh menjalankan beberapa program persaraan di mana boleh memasukkan isu mengenai kewangan mereka dan bagaimana mereka menguruskan kewangan mereka setelah bersara dengan menjemput beberapa pakar dalam bidang kewangan. Melalui  program sebegini, kaunselor boleh mendidik pesara untuk memastikan segala kewangan mereka diuruskan dengan bijak setelah mereka tidak lagi bekerja.

Menjadi kaunselor isu persaraan
-Kaunselor yang menjalankan sesi kausneling yang memberi informasi kepada pesara-pesara mengenai dunia selepas persaraan akan banyak membantu mereka dari sudut membuat penambahbaikan dalam menguruskan simpanan kewangan mereka dan persediaan persaraan.

Proses-proses kaunseling
Disebabkan tajuk yang kami bincangkan adalah mengenai perkembangan kerjaya dan persaraan, maka kami menggunakan kaunseling kerjaya bagi isu ini. Sebenarnya, tak banyak perbezaan antara proses kaunseling individu dengan proses kaunseling kerjaya ni. Kebanyakan teknik di dalam kaunseling kerjaya, adalah sama seperti kaunseling individu yang biasa. Cuma mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi teori dan instrumen yang digunakan.

Sebelum pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu, apa proses-proses yang terlibat dalam kaunseling kerjaya ni....
Rajah 1: Menunjukkan proses-proses yang terlibat di dalam kaunseling kerjaya
Proses kaunseling kerjaya (Jennifer M. Kidd, 2007)

Antara teori-teori yang digunakan dalam kaunseling kerjaya adalah:
1.        Teori Holland
2.        Teori Super
3.        Teori Ginzberg
4.        Teori Roe
5.        Trait-and-Factor Theory
Bagi isu persaraan, terdapat proses lain yang sesuai bagi isu ini, iaitu:
Rajah 2: Menunjukkan fasa persaraan kerjaya seseorang individu

 
 
Proses kaunseling bagi isu persaraan
Menurut Robinson dan LaBauve (1999), dalam setiap proses kaunseling bagi isu persaraan pada rajah di atas, terdapat tiga fasa utama iaitu assess, intervene, dan evaluate.
Selain itu, antara teori yang sering digunakan bagi isu persaraan ialah:
1.        Role Theory
2.        Disengagement Theory
3.        Activity Theory
4.        Continuity Theory

IT DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Sumber: Google Image
Abad ini, perkhidmatan kaunseling secara maya telah di gunakan dengan meluas sekali.Ini menunjukkan bahawa dunia sekarang kian pesat dan maju kearah kemodenan.Jadi tidak hairanlah masyarakat sekarang tanpa mengira umur, taraf dan pendidikan menggunakan IT dalam kehidupan.
Berbalik kepada semula kita dengan topik IT dan perkhidmatan kaunseling.Dalam perkhidmatan kaunseling, penggunaan IT harus di pandang tinggi kerana masyarakat sekarang suka mencari jalan mudah dan masa yang singkat dalam membuat sesuatu perkara. Salah satu cara untuk menarik minat klien untuk menggunakan perkhidmatan kaunseling adalah melalui teknologi. 

Salah satu kaedah menolong menggunakan IT adalah melalui E-kaunseling. E-kaunseling merupakan satu proses kaunseling alternatif yang berlkami di alam maya berasaskan teks dalam internet samada melalui emel atau ruang sembang (Hall, 2004).
Rajah 3: Menunjukkan perkaitan teks dan internet terhadap klien dan kaunselor di dalam sesebuah sesi
Konsep E-kaunseling
Selain  E-kaunseling, ianya juga boleh di kenali sebagai kaunseling online, kaunseling siber, psikoterapi online, kaunseling internet, kaunseling maya dan e-terapi.

Dalam kaunseling juga, terdapat dua sistem yang dapat digunakan:   
  1. FERS (federal employees retirement system).

       ü   Sistem ini merupakan pelan persaraan yang memberi manfaat kepada masa depan pekerja. Terbahagi kepada tiga iaitu , basic benefit plan, social security, dan thrift savings plan (TSP).
     2.  CALSTRS (California State Teachers’ Retirement System).

       ü   Sistem ini menyediakan pelan persaraan untuk pekerja membuat perancangan sebelum bersara. Sistem ini merupakan sumber talian untuk mengakses maklumat peribadi pengguna. Ianya selamat, terjamin dan menyediakan kemudahan dalam talian pada bila-bila masa.
       ü   Cara menggunakannya, para pengguna boleh mengakses laporan persaraan, melihat baki akaun, memohon persaraan mengajukan soalan dan sebagainya.
Di sini dapat kita lihat bahawa banyak kelebihan yang boleh kita gunakan sekiranya penggunakan pendekatan IT dalam membantu klien J

Sekian sahaja maklumat yang ingin disampaikan. Harap pembaca dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh kami.


Disediakan oleh kaunselor pelatih:

1. Noor Syifaa Binti Othman
2. Munirah Binti Mohd Jalani
3. Nabila Binti Shafie
4. Nor Asmawati Binti Ab. Samat
5. Noor Fadzilah Binti Zolkifli
6. Naziatul Aqma Bt Azhar
7. Nisha Nurshazwani Bt Baharom