Assalammualaikum dan Hello Semua,
Apa khabar semua? Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi salah satu teknik atau pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam sesi kaunseling keluarga.
Pertama sekali, kita perlu recall apakah itu kaunseling keluarga? Kaunseling keluarga adalah suatu pendekatan membimbing ahli keluarga dalam sesi kaunseling. Kaunseling ini melibatkan interaksi antara ahli keluarga. Kemahiran kemahiran dan jenis kaunseling seperti individu dan kelompok sememangnya diaplikasikan dalam kaunseling keluarga.
Selalunya, kita akan melihat dinamik kekeluargaan daripada sesi tersebut, perhubungan, budaya, sistem kekeluargaan itu sendiri dan sebagainya. Matlamat utama bagi sesi kaunseling ini adalah memupuk perubahan dalam sistem kekeluargaan ke arah yang lebih sihat. Kaunseling keluarga ini termasukan menjalani sesi kaunseling bersama suami isteri (couple counseling), parental counseling (kaunseling keibubapaan) dan terapi sistem keluarga.
Banyak ahli teori berkenaan dengan teori sistem keluarga seperti Bowen, Satir, Bateson, Haley, dan Whitaker. Namun, dalam blog kali ini, saya tak nak bincangkan teori-teori ini.
Saya amat tertarik dengan satu teknik ketika kita boleh membuat sesi kaunseling bersama dengan klien ahli keluarga iaitu Dance/Movement Therapy (DMT). Dalam kajian DMT, terdapat dua fasa bermula pada 1960an di mana ahli terapi mendapati pendekatan ini dapat membantu klien untuk membincangkan isu kaunseling dalam keluarga. Fasa yang kedua bermula pada tahun 1970an pula, ahli terapi telah mengkaji keberkesanan DMT secara pendekatan psikotherapeutik melalui eksperimen.
Prinsip utama DMT adalah "Badan dan Jiwa Tidak Boleh Dipisahkan". Saya sentiasa percaya yang badan (fizikal), mental dan emosi tidak boleh dipisahkan. Sebarang pergerakan boleh merefleksi pemikiran, personaliti, dan kendiri individu. Menarik kan?
Oklah rakan kaunselor..semoga kita dapat mengupas topik ini pada suatu hari nanti terutamanya di Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC'15) pada 11 dan 12 Mei kelak. in sya Allah ;)
Jumpa kami di sana.
Take care and have a good weekend ahead.
Love ~ Emma
Twitter: @AmaliaMadihie
No comments:
Post a Comment