Thursday, June 4, 2015

Perkongsian | Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam Kaunseling

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia…

Entri kali ini, kami akan berkongsi sedikit gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam Kaunseling...


 Antara isi perbincangan pada minggu ini adalah memfokus Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam Kaunseling, peranan kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan klien dalam organisasi dengan menggunakan teknologi maklumat di dalam membantu menjalankan proses kaunseling.
Dr Amalia bersama barisan pembentang Topik TIK

Dr Amalia bersama pembentang terbaik, saudari Taqiah Salleh dan Yogeswary a/p Balakrishnan

Untuk mengetahui intipati pembentangan mereka dengan lebih lanjut, klik sini ye Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam Kaunseling

Sampai di sini sahaja entri pada kali ini... 

Posted by:
Nurul Raheemah Bava Bugardeen :)

Perkongsian | Perancangan dan Pelaksanaan Perkhidmatan Kaunseling dalam Organisasi

Assalamualaikum dan Hi semua... Semoga semuanya sihat walafiat dan dalam keadaan yang ceria dan happy selalu...

Baiklah, pada entri kali ini, kami akan berkongsi sedikit gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dalam organisasi...

Barisan pembentang bersama pensyarah kursus ini, Dr Amalia Madihie
 Antara isi perbincangan pada minggu ini adalah memfokus isu-isu perancangan dan pelaksanaan kaunseling di dalam sesebuah organisasi, peranan kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan klien yang membawa pelbagai isu dalam organisasi serta kegunaan teknologi maklumat di dalam membantu menjalankan proses kaunseling.

Antara kupasan menarik untuk pembentangan ini adalah persiapan kami sendiri untuk menjalani praktikal di organisasi pada semester ke-8. Bagaimana penerimaan staff dan kaunselor sendiri terhadap kita dan dapatkah kita mengumpul jam kredit yang secukupnya untuk bergraduat kelak. 

Dr Amalia bersama pembentang terbaik, Saudari Nurul Raheemah binti Bava Bugardeen
Untuk mengetahui intipati pembentangan mereka dengan lebih lanjut, klik sini ye Perancangan & Pelaksanaan Kaunseling dalam Organisasi


Sampai di sini sahaja entri pada kali ini... Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan kupasan isu yang lebih menarik... 

Posted by:
Nurul Raheemah Bava Bugardeen :)