Friday, March 20, 2015

Ketagihan Fikiran, Tingkah Laku dan Emosi: ADAKAH KITA KETAGIH?

Assalammualaikum dan Salam Kaunselorku Sayang ;) 


Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.  Greetings 'Salam Kaunselorku Sayang' ni seakan 'UNIMASku Sayang'.  Tempat belajar, tempat bekerja.. banyak kenangan dicipta di UNIMAS sehingga kini :)



Dua kumpulan pelajar selamat membentangkan tajuk mereka masing-masing. Pada minggu ini, pelajar membentangkan tentang ketagihan penyalahgunaan dadah dan alkohol.  



Di sini saya ingin berkongsi pandangan berkenaan dengan ketagihan ini.  Memang tidak dinafikan apabila kita mendengar perkataan 'ketagihan', secara automatiknya kita akan ingat penagih dadah!  Individu yang menggunakan dadah atau penyalahgunaan bahan secara melampau, keinginan yang amat tinggi, sangat berisiko dan sebagainya, mereka ini adalah dalam golongan ketagihan.  



Mari kita fikir sejenak simptom-simptom ketagihan: 

1.  Hilang kawalan untuk menggunakan atau mengambil bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau nikotin
2. Atas kehilangan kawalan diri, maka kemungkinan individu tersebut mempunyai keinginan untuk menyakitkan dirinya atau orang lain tanpa dia sedari 
3. Simptom Withdrawal  bukan bermaksud mengeluarkan diri daripada 'kepompong masyarakat'. Tetapi withdrawal ini bermaksud keadaan badan dan fizikal individu tersebut berada dalam tahap bawah sekali sehingga individu tersebut mempunyai keinginan atau kemahuan yang amat tinggi (craving), moody, mempunyai perasaan yang tidak sihat seperti tiba-tiba menjadi marah, sedih, murung, dan sebagainya. 
4. Dari perspektif sosialnya, individu tersebut hilang minat untuk bergaul, membuat aktiviti yang dia suka, dan sebagainya 
5. Mengambil risiko seperti menyimpan duit untuk membeli bahan terlarang ini. Sanggup tidak mahu mengeluarkan duit untuk barangan dapur, bil, dan sebagainya.
6.  Mengelak
7.  Menidakkan (denial)'
8.  Obses 
9.  dan banyak lagi.

Cukuplah lapan simptom yang kita semua familiar dan faham.   Sekarang, tanya kepada diri kita, ada tak kita mempunyai beberapa simptom ini?  


Begini, ketagihan sebenarnya tidak bermaksud kita ketagih dengan bahan terlarang.  Saya tidak menafikan alkohol sangat bagus untuk kesihatan.  Ibunda saya pernah berkata, orang Cina menggunakan brandy (sejenis alkohol) untuk memanaskan badan dan sangat baik untuk ibu yang baru melahirkan anak.  Orang putih juga minum brandy untuk memanaskan badan, terutamanya musim sejuk.  Siapa yang hendak minum brandy saja-saja, kalau bukan untuk panaskan badan.  Tetapi yang salahnya adalah individu tersebut minum brandy seolah-olah dia minum air mineral.  Kalau tak dapat, tak sah paginya.  Tak sah hidupnya pada hari tersebut.  



Mari kita keluar dari topik dadah, bahan terlarang ini.  Let's talk about human behavior, thinking, and emotion.  



Manusia boleh juga ketagih dengan sesuatu tingkah laku.  Contohnya, video game atau tak lama dahulu apabila ada Candy Crush.  Di UK, ada seorang wanita sanggup tak makan tak minum, rasanya sampai menjejaskan kesihatan dia.  Mula-mula main main begitu sahaja, tetapi 'naik sheikh' kata orang Sarawak- apabila menang satu level ke level yang seterusnya. Sanggup dia membeli 'lives' untuk teruskan mainan.  Saya dapat bayangkan jari-jemarinya mesti cramp.  Saya pun main juga, tetapi apabila betul-betul teringin nak rehatkan otak.  Memang cantik warna-warna candies tersebut kan?  Memang pengaruh warna kepada otak kita sangat amazing!  :)  Saya tak nafikan. Sebab itu, Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah bina satu ujian personaliti berdasarkan warna untuk mengenalpasti personaliti individu.  Dengan warna ini, dapat menarik individu untuk mengenali tentang dirinya.  


"Life is not about you, but life is about to know you better"


Apa yang saya ingin sampaikan adalah apabila kita terlalu taksub dengan sesuatu waima tingkah laku kita, cara kita berfikir, dan cara kita beremosi juga boleh membuatkan kita tertagih. Sedar tak sedar kan? 



Ok, kita kaunselor.  Kaunselor bekerja dengan emosi dan fikiran manusia secara profesional.  Matlamat kaunseling kita adalah untuk membimbing klien menjadi a betterman - kata orang putih lagi sekali :)  Kalau tak de ketagihan in term of these three elements in individuals: kognitif, tingkah laku, dan emosi, maka takde lah kecelaruan personaliti, ketidakstabilan emosi seperti kemurungan, dan tingkah laku yang berketerlaluan seperti anti-sosial, ketagihan seks dan sebagainya.  


Saya ambil contoh tentang ketidakstabilan emosi.  Setiap hari, kita akan mengalami pelbagai perasaan.  Gembira, sedih, kecewa, dan sebagainya.  Apabila suatu masalah timbul, dan masalah lain pula timbul.. bak kata pepatah Melayu- "Sudah jatuh, dihempap tangga pula" Emosi siapa yang mampu bertahan. Namun, sekiranya kawalan diri atau bahasa saintifik psikologinya- locus of control, atau daya tahan (resiliency) rendah, maka kita akan sentiasa dwell dalam perasaan tersebut. Kita akan nampak dunia ini seolah-olah menentang kita. Mulalah fikiran yang negatif seperti "Aku tidak disayangi lagi", "Semua orang tak faham aku", dan sebagainya.. emosi pun mula terganggu- timbul perasaan marah dan yang paling menakutkan adalah perasaan benci.  Sekiranya kita mampu untuk kembali kepada 'state' kita yang normal, bounce back kata orang putih..maka kita akan berada dalam keadaan begitu.  


Begitulah, sedikit sebanyak bagaimana kita pun boleh menjadi seorang ketagih walaupun kita tidak mengambil dadah, mengunakan barangan terlarang, dan minum alkohol dalam kuantiti yang banyak.  Semuanya bergantung kepada bagaimana kita mengawal diri kita.  



Tuhan menciptakan makhluknya dengan cara yang paling terbaik.  Manusia diberi otak. Fungsi dan struktur otak yang sama.  Sudah tentu setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.  Tetapi Tuhan tidak pernah mengecewakan kita, kerana Tuhan memberi kita KEBIJAKSANAAN di dunia ini untuk melihat dunia ini sebagai pentas untuk kita mencari 'nafkah' di akhirat kelak (bagi Muslim) dan bagi bukan Muslim, mungkin kalian melihat dunia ini menjadi pentas untuk kalian menjadi sorang manusia yang berjaya, berbudi bahasa, dan sentiasa inginkan keharmonian.  



Oklah..sedikit perkongsian untuk kaunselor di luar sana.  

Daripada hati saya ke hati anda di luar sana~ Emma :D

1 comment: