Saturday, March 7, 2015

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan Salam Kaunselorku Sayang :) 

Semoga kaunselor di luar sana berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera hendaknya.  

Bicara Kaunselor: Hati ke Hati diharap dapat menjadi salah satu platform kepada kaunselor terutamanya di Sarawak untuk berkongsi ilmu, pandangan, dan pengalaman yang boleh membantu kaunselor yang lain. 

Ruang ini juga diharap membincangkan isu-isu kaunseling setiap minggu.  

Dengan kesempatan ini juga, saya ingin menjemput kaunselor di Sarawak untuk menyertai Sarawak Peers Convention 2015 (SPC'15) pada 11 dan 12 Mei 2015 di deTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak.  Sila layari laman sesawangan kami di www.spc-unimas.com untuk maklumat lanjut.  

Saya akan berkongsi berkenaan dengan maklumat ini dari masa ke semasa.  

Semoga keukhwahan kita dalam menaikkan martabat profesion kaunselor ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati.  

Selamat berhujung minggu!  :)

Yang ikhlas,
Amalia Madihie
Founder of Bicara Kaunselor: Hati ke Hati.  

Universiti Malaysia Sarawak
KB. PA. SPT.


No comments:

Post a Comment