Sunday, March 8, 2015

Al Fatihah for MH370..Prayfor MH370

Assalammualaikum & Salam Kaunselorku Sayang,


Today is the 1st anniversary of our missing MH370.  Time flies, doesn't it?  Every day, MH370 and the passengers are in our mind and prays.  We wonder, we wonder and we ask why?  This is we. Personally, I wonder how the family members, friends, the authorities, the governments cope this missing-in-action situation.  Though we see physically, Life goes on...  but I bet from the emotional and psychological perspectives, this situation still hits them..and us.  Bak kata pepatah Melayu, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" 

Jom, kita bertakafur dan membaca al-Fatihah untuk saudara Muslim kita.  In sya Allah, kita juga boleh sedekahkan Surah Yassin kepada mereka dan juga ahli keluarga dan sahabat-handai mereka dari masa ke semasa.   Kepada saudara bukan Muslim, let's us pray for their strength and may they find the truth in life. 

Saya bersama dengan rakan-rakan eksekutif, Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) sempat bersama dalam operasi Psychosocial Emotional Support di Everly Hotel, Putrajaya selama seminggu sejak 8 Mac 2014.  Saat yang sangat menyedihkan, saat yang mengharukan.. itu baru dikatakan "Cubit paha sebelah kiri, sebelah kanan pun terasa".  Masih jelas di ingatan saya, pengalaman yang betul-betul membuatkan saya sedar betapa kekuasaan Allah SWT, hikmah berlakunya kehilangan MH370 ini.   Bersama dengan klien dari negara lain, dari negara sendiri dengan berbekalkan ilmu dan latihan krisis intervensi yang sangat cetek, rakan eksekutif yang lain banyak membantu.  Bertugas hampir 24 jam, keadaan emosi dan psikologikal pada masa itu juga perlu dijaga. 

Ramai yang tampil ke hadapan untuk membantu.  Percayalah, kalau boleh semua kaunselor di negara ini mahu membantu.  Atas limitasi tempat, keadaan, proses penapisan kaunselor dan kawalan ketat dari pihak MAS sendiri, membuatkan pergerakan kaunselor yang ingin membantu limited.  Saya percaya setiap kita mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing, tidak semestinya kita berada di sana bersama dengan klien, tetapi juga percayalah saudara klien juga terasa!   

  

Mari sama-sama kita berdoa untuk ketenangan mereka semua dan diri kita juga.  

Sayang selalu daripada kami ~ Emma.

10 comments:

  1. Semoga ahli keluarga staf dan penumpang MH370 diberi kekuatan utk fokus dlm kehidupan mereka walaupun menghadapi cabaran yg berat. Utk kita sendiri moga kita sentiasa menghargai insan2 disekeliling kita...

    ReplyDelete
  2. Alfatihah MH370 ,walau dimana anda berada, anda sentiasa berada di ingatan kami.semoga tabah ahli keluarga krew dan penumpang MH370,there must be something behind all this..
    #alwaysinourheart

    ReplyDelete
  3. Doa sentiasa dpanjatkan kpd mereka yg bhadapan dgn dugaan yg cukup mencabar ini. pnantian mrupakan suatu yg mrumitkan dri segi emosi dan mental. Moga mereka sentiasa d bawah lindungan maha illahi dlm mendepani perkara ini.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah memberikan kita 1001 hikmah ke atas segala dugaan dan cabaran yang menimpa negara ini. Al-Fatihah buat mangsa MH370 dan juga mangsa MH17. Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  5. diharapkan ahli keluarga mangsa sentiasa sabar dan tabah menghadapi ujian yang diberikan..insya'Allah..aaminn

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah...doa kami sentiasa untuk anda..semoga diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian Allah...kami sentiasa untuk anda..

    ReplyDelete
  7. It has been a year after the disappearance of MH370 plane without any trace up until now. 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' absolutely, couldn't have agreed more. Thus, our thoughts and prayers go out to those who are affected especially the family members, friends of the passengers and crew. During hard time like this, counselors play a crucial role in giving emotional support, insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah & salam takziah. Masih segar di ingatan ketika tragedi ni berlaku, setahun yg lalu. Semua rakyat Malaysia bersatu, berdoa for the best. Semoga ahli keluarga serta sahabat handai krew & penumpang MH370 diberikan kekuatan. Never stop praying for MH370. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam takziah kepada penumpang dan anak kapal MH370. setahun sudah berlalu tetapi masih terasa kehilangan mereka. walau di mana mereka berada, just keep pray for them..doakan yang terbaik..in sha allah..

    ReplyDelete
  10. Walaupun MH370 telah setahun 'hilang' tetapi ia sentiasa kekal terpahat di ingatan dan dihati kami..Moga ahli keluarga sentiasa tabah dan sabar. Alfatihah dan salam takziah.

    ReplyDelete