Thursday, March 26, 2015

Sesi Perkongsian | Isu Keluarga dan Perkahwinan

Sumber: Google Image
Assalamualaikum dan Hi semua... Semoga semuanya sihat walafiat dan dalam keadaan yang ceria dan happy selalu...


Baiklah, pada entri kali ini, kami akan berkongsi sedikit gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan isu keluarga dan perkahwinan...



Saudara Muhamad Ihsan (salah seorang pembentang terbaik minggu ini) membentangkan mengenai peranan kaunselor di dalam isu kaunseling keluarga dan perkahwinan


Saudari Jumpalila membentangkan mengenai implikasi dan kesan keluarga di dalam konteks organisasi serta keluarga itu sendiri

Antara isi perbincangan pada minggu ini adalah memfokus isu-isu atau permasalahan yang muncul di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, peranan kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling terhadap pasangan berkahwin atau keluarga yang mempunyai masalah di dalam perhubungan, implikasi daripada permasalahan yang timbul serta kegunaan teknologi maklumat di dalam membantu menjalankan proses kaunseling.



Dr Amalia Madihie (tengah) bersama dengan barisan pembentang terbaik pada minggu ini (dari kiri ke kanan) Mohd Saizam Said, Muhamad Ihsan Abd Aziz dan Kartika Suwardi


Dr Amalia Madihie bergambar dengan barisan pembentang isu keluarga dan perkahwinan


Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi di dalam mempersiapkan diri untuk mengendalikan isu keluarga dan perkahwinan dengan baik. Pembelajaran yang berterusan atau long life learning dan memperbanyakkan pembacaan akademik dalam usaha memahami isu dan pergolakan yang berlaku di dalam sesebuah institusi kekeluargaan adalah langkah yang boleh diambil dan dititikberatkan. Semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada semua. 

Sampai di sini sahaja entri pada kali ini... Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan kupasan isu yang lebih menarik... 

"Positive mind leads to a healthy lifestyle" ~Mohd Saizam Said

1 comment:

  1. Isu yg menarik utk dikupas n dibincangkn n difahami..tq guys

    ReplyDelete