Friday, March 13, 2015

Sesi Perkongsian Maklumat | Gangguan Seksual

Selamat bertemu kembali kepada para pembaca blog kami ini :)

Entri pada kali ini kami ingin berkongsi gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan mengenai informasi berkaitan gangguan seksual yang berkemungkinan berlaku di sesebuah organisasi.

Ahli Kumpulan yang terdiri daripada kaunselor pelatih UNIMAS 
Antara intipati perbincangan isu gangguan seksual termasuklah definisi gangguan seksual, jenis gangguan, prosedur aduan mangsa gangguan dan kesan-kesannya terhadap pelaku, mangsa dan organisasi tersebut.

 


Maklumat mengenai kaunseling siber dan kaunseling maya juga turut dikongsikan 
Bersama pensyarah Kursus ini, Dr Amalia Madihie (Tengah) dan pembentang terbaik Aidilla Farahin Zakaria (Kanan)  dan Azila Hipni  (Kiri)
Pelajar Kaunseling yang turut serta dalam pembentangan  


Para pelajar yang khusyuk mendengar maklumat yang disampaikan 

Pembentang terbaik minggu ini, Aidilla Farahin binti Zakaria 

Gangguan seksual merupakan isu yang sensitif atau dikenali sebagai 'taboo', tambahan pula budaya kita yang lebih selesa untuk tidak memperkatakan mengenai isu seperti ini. Kami berharap sebagai bakal kaunselor yang akan bekerja dalam organisasi, isu-isu ini dipandang lebih serius dan tidak menyembunyikannya. 



Sampai sini sahaja entri pada kali ini. Terima kasih✌ - Nurul Raheemah Bava Bugardeen



No comments:

Post a Comment