Apa itu gangguan
seksual…?
Seringkali
kita tertanya-tanya apa itu gangguan seksual tanpa kita lihat dengan lebih
dekat bagaimana ia berlaku. Mungkin bagi sesetengah pihak, hal ini adalah satu
benda yang remeh dan tidak perlu dibesar-besarkan. Namun bagaimana pula bagi
orang yang menjadi mangsa kepada ganguan seksual tersebut. Adakah mereka juga
akan melakukan benda yang sama walaupun hal tersebut telah mencalar maruah dan
hak mereka. Mungkin kita boleh sama-sama renungkan dan berfikir sejenak dengan
merasa empati terhadap mangsa-mangsa gang guan tersebut.
Sumber:Google image
Gangguan
seksual adalah masalah yang universal dihadapi oleh pekerja di seluruh dunia. Kita mungkin sedia maklum bahawa gangguan
seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja samada di tempat kerja, ketika
beriadah dan sebagainya. Namun kini, kita akan memfokuskan kepada gangguan
seksual di tempat kerja dengan melihat kes-kes yang melibatkan pekerja dalam
sesebuah organisasi semakin meningkat.
Hurmmmm…
apa itu gangguan seksual di tempat kerja??
Gangguan
seksual di tempat kerja adalah tingkah laku yang tidak diingini atau tidak
diundang daripada sifat seksual, yang menyinggung, memalukan, menakutkan atau
memalukan dan boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang pekerja samada prestasi,
kesihatan, kerjaya atau kehidupan. Kejadian gangguan seksual bukanlah satu fenomena
yang baru di Malaysia, tetapi hanya baru-baru ini ia telah diiktiraf sebagai
terkawal.
Lihat..
ia adalah satu fenomena di negara kita.. namun, bagaimana pula sikap kita sebagai
rakyat .. adakah kita peka dengan isu-isu tersebut… tepuk dada, tanya hati….
Gangguan
seksual bukan hanya satu perbuatan yang kecil namun boleh melampaui batas. Siapa
dan bagaimana ia berlaku? Timbulnya persoalan demi persoalan bukan?
Simple!
See,
Say or Touch it !!!
Mungkin
susah untuk faham bukan… mari saya jelaskan.
Gangguan
seksual bukan sahaja melibatkan wanita.. malah lelaki juga turut menjadi mangsa
kepada ganggua tersebut. Namun berdasarkan laporan yang diterima bilangan
mangsa ganggua seksual yang melibatkan pekerja lelaki tidak kerap tetapi
pekerja lelaki akan lebih cenderung menjadi pelaku kepada gangguan tersebut.
Sumber: Google Image
Seterusnya, mari
sama-sama kita terokai lagi mengenai gangguan seksual…. Tak sabarnya nak tahu
kan…J J J
Gangguan
seksual terbahagi kepada dua kategori iaitu quid
pro quo dan hostile environment…
apa yer? Kita tertanya-tanya bukan…hehehehehe :D :D
Sabar-sabar..
jangan gabra… saya akan jelaskan… J
Apa
itu quid pro quo??? Quid pro quo adalah
apabila seseorang ketua atau penyelia memberikan ganjaran kepada pekerja
seperti kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dengan pemberian faedah seksual
(Mathis & Jackson, 2000). Dengan kata lain apabila berlakunya satu situasi
iaitu satu pihak memaksa pihak yang satu lagi untuk menawarkan seks sebagai
balasan bagi pengambilan, kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dalam kuasa parti
pertama, dan mengancam untuk menurunkan pangkat, memotong gaji atau memecat
pihak kedua jika permintaannya ditolak.
Manakala
hostile environment pula adalah apabila
salah satu pihak mengganggu prestasi kerja mangsa dengan cara yang tidak
munasabah, atau dengan sengaja meninggalkan mangsa dalam persekitaran kerja
yang menakut-nakutkan, atau mendedahkan mangsa kepada situasi yang biadab,
lucah dan persekitaran kerja yang tidak selesa.
Done!!
Senang untuk faham bukan… seterusnya.. kita bincangkan pula mengenai kriteria
tingkah laku gangguan seksual.
Terdapat
beberapa tingkah laku yang diklasifikasikan sebagai ganguan seksual iaitu
secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi dan fizikal.
Susah untuk faham
bukan? Perlukan contoh? Mari saya jelaskan…
Jenis tingkah laku gangguan
seksual
|
Contoh
|
Lisan
|
Gangguan termasuk kata-kata, komen,
gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.
|
Bukan lisan
|
Isyarat tangan atau bahasa isyarat
yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan
juga dikategorikan sebagai gangguan seksual.
|
Visual
|
Gangguan secara visual pula ialah
menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk
seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.
|
Psikologi
|
Gangguan secara psikologi ini boleh
muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk
rayu secara
berterusan untuk keluar bersama atau
bercumbu.
|
Fizikal
|
Terdapat gangguan secara sentuhan yang
tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk,
mencium dan serangan seksual seperti
meraba.
|
APA YANG PERLU
KAUNSELOR LAKUKAN DALAM MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Apabila menerima kes seperti gangguan seksual, pelbagai
persoalan akan timbul. Ehh… apa yang perlu buat yer? Nak kena buat apa dulu
ini… Report dekat siapa? Siapa nak kena rujuk nanti? Mungkin pelbagai soalan
akan muncul di kepala sehingga boleh menimbulkan perasaan takut dan gelisah
ketika menjalankan sesi. Terutama bagi kaunselor yang pertama kali menerima kes
seperti ini ataupaun kaunselor pelatih seperti saya dan rakan-rakan yang tidak
mempunyai pengalaman. Di sini, saya dan rakan-rakan akan kongsikan sedikit
maklumat yang kami dapat melalui pembacaan yang dibuat. Maklumat ini kami
perolehi daripada Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 22 (2005).
Ok..meh kami ringkaskan langkah-langkah yang perlu
diambil bila menerima aduan
- Kaunselor kenalpasti siapa pengadu adakah pegawai awam, mahupun orang ketiga (supervisor, Human Resources).
- Terima dan rekod segala aduan yang dibuat.
- Lakukan sesi kaunseling seperti biasa (aplikasikan segala teknik-teknik yang dipelajari) sekiranya pengadu adalah pegawai awam. Pastikan keadaan klien kita masa itu stabil sebelum buat sebarang tindakan.
- Pastikan klien mengisi borang persetujuan dan minta persetujuan klien untuk sebarang tindakan selanjutnya.
- Ambil tindakan seterusnya selepas melakukan permerhatian seperti laporkan kepada bahagian sumber manusia mengenai kes ini.
Tapi kalau kaunselor menerima aduan daripada pihak
ketiga (supervisor, Human Resources) procedure yang boleh diambil pula adalah:
- Terima aduan dan rekodkan.
- Buat pemerhatian terhadap kes tersebut.
- Kenalpasti perbuatan gangguan seksual dan berjumpa atau melakukan sesi kaunseling dengan si pelaku dan segala maklumat dan pemerhatian yang diperolehi haruslah dilaporkan kepada pihak ketiga tersebut.
Tapi kaunselor juga harus menjaga kerahsiaan dan
kebajikan klien. Selain itu, kaunselor juga kena ada sedikit pengetahuan
mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya kebajikan klien diganggu. Di sini
kaunselor harus tahu bagaimana HR berfungsi dalam menyelesaikan isu ini.
Bagaimana HR officer berfungsi dalam menyelesaikan isu gangguan seksual?
Sebelum kita menjengah bagaimana Human Resource (HR) Officer bertindak
apabila isu gangguan seksual berlaku, kita perlu faham dahulu kenapa tindakan
segera perlu diambil ke atas isu seperti ini. Kenapa kerajaan mewujudkan Kod
Amalan yang berkait rapat dengan gangguan seksual? Kod Amalan yang menekankan Pencegahan
dan Pembasmian Gangguan Seksual di tempat kerja telah berkuatkuasa pada Ogos
1999. Kod ini bertujuan menggalakkan majikan sektor awam dan swasta untuk
melaksanakan mekanisme dalaman bagi mencegah, menangani dan membasmi gangguan
seksual di tempat kerja. Kod ini juga telah ditekankan oleh Kementerian Sumber
Manusia Malaysia (1999) untuk memberikan panduan praktikal kepada majikan,
pekerja, kesatuan sekerja dan lain-lain pihak yang berkaitan mengenai
perlindungan maruah lelaki dan wanita di tempat kerja.
Seterusnya, kita melihat bagaimana
pegawai HR bertindak apabila suatu gangguan atau aduan dibuat. Pertama, Jabatan
HR mesti bertindak dengan cepat dan profesional untuk menyelesaikan perkara itu
supaya pekerja boleh mengemukakan aduan dan melindungi syarikat daripada tindakan
undang-undang yang mungkin berlaku sekiranya tidak ambil tindakan. Apabila
aduan mengenai gangguan seksual diterima, Pegawai Sumber Manusia atau Pengarah
Pentadbiran dan Kewangan akan mendengar aduan dan peguam pengadu tidak menggalakkan
pengadu untuk membincangkan situasi tersebut dengan orang lain di tempat kerja
bagi menggelakkan perkara tersebut tersebar dan akhirnya memalukan pengadu itu
sendiri.
Langkah seterusnya adalah mengekalkan
kerahsiaan mengenai aduan itu dan mengambil semua tindakan yang munasabah untuk
memastikan bahawa aduan itu tidak menjadi gossip di pejabat untuk mengelakkan
penindasan ke atas pengadu atau kemungkinan tindakan undang-undang kerana
fitnah. Selepas itu, pegawai yang terlibat perlu mendengar apa yang ingin
diperkatakan oleh pesalah tersebut dan menjalankan perdamaian sesuai atau kaunseling.
KESAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PRESTASI KERJA
Sesuatu
yang berlaku pasti ada kesannya. Dan apabila kita melihat dari sudut implikasi,
isu gangguan seksual jelas memberi kesan yang negatif terhadap prestasi kerja
di dalam sesbuah organisasi terutamanya mangsa dan si pelaku serta turut
memberi impak kepada organisasi itu sendiri. Kesan gangguan seksual amatlah
mempengaruhi kesihatan dan pembangunan pekerja di organisasi memandangkan ia
dikategorikan dalam kes yang memalukan pelbagai pihak.
Kesan
kepada mangsa
Dalam
aspek kerjaya, mangsa cenderung mengasingkan diri, ponteng kerja, penurunan
prestasi kerja malah kehilangan pekerjaan. Begitu juga dengan peluang kenaikan
pangkat yang semakin menurun atau membuat keputusan untuk menukar kerjaya.
Perasaan malu dan merasakan diri itu kotor membuatkan perasaan demotivated
dalam diri mangsa semakin meningkat. Tidak mudah melupakan sesuatu yang
memalukan pernah berlaku dalam hidup kita terutamanya apabila ia berlaku tanpa
kerelaan seperti gangguan seksual ini. Jadi, tidak hairan masyarakat di luar
sana yang mengalami penurunan prestasi kerja turut terbabit menjadi mangsa
kepada gejala pemusnah impian ini.
Kesan
kepada pelaku
Dan
kepada pelaku tidak semestinya pelaku bergembira sepanjang masa apabila sudah
terbabit dengan gejala yang tidak sihat ini. Atau si pelaku juga mendapat kesan
yang lebih negatif berbanding mangsa? Rasa bersalah, takut dan masyarakat mula
memandang serong terhadap pelaku. Akhirnya masa depan pelaku turut terjejas.
Rasa bersalah yang menghantui pelaku pastinya menimbulkan ketidakselesaan untuk
terus bekerja di tempat yang sama dan komited dengan tugas yang diberi. Sisihan
daripada rakan sekerja dan kehilangan kepercayaan oleh ahli keluarga sedikit
memberi implikasi yang hebat.
Kesan
kepada organisasi
Dalam
aspek pelaksanaan tugas, mangsa yang mengalami gangguan seksual menunjukkan
penurunan motivasi. Bagaimana ia boleh berlaku? Fokus mangsa terhadap kerja
terganggu dan rasa tidak selamat di tempat kerja tersebut menjadi pemangkin
kepada mangsa dan pekerja wanita lain turut berhenti kerja. Secara tidak
langsung ia akan memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti produk atau
servis organisasi semakin menurun.
BAGAIMANA
TEKNOLOGI BOLEH MEMBANTU?
Berikutan kepesatan teknologi pada era ini, kaunselor juga harus tidak
ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi dalam membantu menyelesaikan
isu-isu seperti gangguan seksual. Mari kita lihat antara teknologi yang boleh
para kaunselor gunakan ialah seperti:
- Program Anti-Spam
Program ini digunakan untuk menapis sebarang mesej
lucah yang dihantar oleh individu lain. Misalnya, apabila seseorang menghantar gambar
lucah kepada mangsa, anti-spam ini akan menghalang gambar tersebut daripada
sampai ke mangsa. Dengan cara ini, hasrat untuk membuat gangguan seksual kepada
mangsa tidak akan berjaya.
- Email, telefon dan fax
Boleh digunakan untuk mengelakkan mangsa apabila berurusan
secara bersemuka dengan pelaku serangan seksual untuk menguruskan hal-hal
berkaitan dengan kerja.
- Telefon Pintar
Dapat memuat turun pelbagai aplikasi yang berguna
kepada pemilik. Di zaman teknologi yang serba canggih, beberapa aplikasi telah dicipta
khas untuk kaum wanita khususnya apabila mereka berada dalam keadaan yang berbahaya
seperti gangguan seksual. Sebagai contoh aplikasi ‘Circle of 6’.
Aplikasi ini akan membolehkan pengguna memilih 6 orang
yang paling dipercayai seperti rakan rapat dan keluarga untuk membantu pengguna
dalam keadaan yang berbahaya. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna dapat
menghantar mesej dengan hanya 2 klik untuk meminta bantuan. Jika perkara yang
buruk berlaku, pengguna dapat menghantar mesej seperti “come and get me”, “call
and pretend you need me” dan “i need interruption”. Mesej-mesej ini akan
dihantar secara automatik apabila anda menekan 2 klik kecemasan di aplikasi
ini.
Tapi bagaimana pula untuk
kita sebagai kaunselor untuk menggunakan perkhidmatan kaunseling bagi menanggani
isu-isu gangguan seksual ini? Mesti anda terfikir bagaimana teknologi boleh
membantu. Salah satu cara adalah melalui Virtual Counselling (e-kaunseling)
atau kaunseling alam maya. Kaunseling alam maya adalah satu proses interaksi
antara klien dengan kaunselor yang mempunyai tempat yang jauh dan sukar untuk
berinteraksi. Bagaimana proses ini berlaku di alam maya adalah klien dan
kaunselor akan berinteraksi berasaskan teks, e-mail dan ruang sembang. Seperti
kita tahu, dunia kita sekarang lebih banyak menggunakan teknologi dan salah
satunya ialah kamera yang dipasang di hadapan komputer disediakan dan ini
memudahkan kaunselor dan klien berinteraksi melalui kamera dan boleh melihat
antara satu sama lain.
Di samping itu, kebaikan kepada klien adalah orang
lain tidak mengetahui bahawa klien itu menghadiri sesi kaunseling. Jika klien
yang mengalami gangguan seksual dan malu untuk berdepan dengan kaunselor maka
klien boleh menggunakan e-Kaunseling
sebagai medium untuk melakukan
kaunseling.
Media sosial yang semakin
popular digunakan boleh memberi bantuan kepada mangsa gangguan seksual atau isu
gangguan seksual. Contohnya, penggunaan blog dalam ruang perbincangan dapat
memberi informasi mengenai kes gangguan seksual. Mungkin juga, tips bagi
mengelakkan isu gangguan seksual dapat dikongsikan dalam laman tersebut.
Malahan, penggunaan blog ini boleh dijadikan sebagai tempat perbincangan sesama
ahli yang ingin berkongsi.
~Disediakan oleh kaunselor pelatih UNIMAS:
1) Atifah Syakirah
2) Azila
3) Aidilla Farahin
4) Carolyn
5) Amzar
6) Aiman
7) Ainul Sarikin
Mcm mana kalau manager tmpt kerja saya selalu memantau kerja dengan melihat cctv? Kami bekerja sbg cashier, dan kesemuanya perempuan. Kami sgt tak selesa sebab setiap pergerakan kami semasa bekerja sentiasa dipantau. Adakah ini boeh dipanggil sbg gangguan seksual?
ReplyDelete