Assalammualaikum and Hello All,
We wish your weekend was splendid!
Saya di sini tertarik nak berkongsi pandangan berkenaan dengan pendekatan Cognitive Behavior Therapy dalam sesi kaunseling bersama dengan klien yang mempunyai simptom ketagihan.
Saya mungkin bukan kaunselor yang terbaik untuk berbincang secara mendalam berkenaan dengan ketagihan, tetapi saya ingin mencuba untuk mengupas sedikit bekenaan dengan isu ini, yang juga tidak mustahil, klien minor seperti kanak-kanak dan remaja. Jadi, sebagai kaunselor kanak-kanak dan remaja, atau apa jua kepakaran kaunselor, kita perlu memahami isu ini, pendekatan, strategi, dan teknik yang kita boleh aplikasi apabila berhadapan dengan isu ketagihan ini.
Pada mulanya, apa yang penting dan selalu saya semak adalah latar belakang klien. Ini amat penting. Sebab itu screening process amat penting. Kita perlu tahu sedikit sebanyak punca, sebab atau perkara-perkara yang mempengaruhi klien tersebut terjebak dengan isu ini.
Saya selalu mengingatkan diri berkenaan dengan prinsip kaunseling iaitu Individu Itu UNIK. Maka, keunikan inilah mengingatkan saya untuk menjadi seorang yang fleksibel. Memang semasa belajar, kita akan mencari-cari identiti kita sebagai kaunselor dan juga prinsip atau pegangan teori yang kita pegang. Saya memang selesa dengan pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy (REBT). Tetapi ini tidak boleh menghalang kita untuk mempraktiskan teori dan pendekatan kaunseling yang lain. Kita perlu equip diri kita dengan pelbagai strategi. Untuk kes ketagihan, Cognitive Behavior Therapy (CBT) merupakan satu pendekatan yang saya akan aplikasikan dengan klien. Kenapa ye?
Ini adalah kerana CBT merupakan satu pendekatan yang action-oriented dan well-structured. Personaliti klien perlu dikenal pasti. Beberapa konstruk psikologikal juga perlu diketahui dengan mentadbir ujian psikologi ke atas klien.
Teknik CBT mengikut kajian yang lepas juga menunjukkan banyak kejayaan dalam membantu penagih ini. Secara psikologinya, ketagihan mungkin akan berulang. Ini adalah kerana untuk berubah, individu perlu berdaya tahan yang tinggi. Namun tidak mustahil relapse akan berlaku. Maka, relapse prevention perlu dilakukan oleh kaunselor.
All right then, diharap ada perbincangan yang menarik seterusnya di dunia nyata berkenaan topik ini.
Take care all. Don't do drug! ~ Emma.
No comments:
Post a Comment