Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,
Semoga dalam keadaan sihat hendaknya. We hope your Saturday is great. In sya Allah :)
www.spc15-unimas.my |
Di sini, saya ingin menjemput semua rakan kaunselor terutamanya di Sarawak, sekitar Bahagian 1 (Kuching) dan Bahagian 2 (Kota Samarahan), dan tidak lupa rakan pegawai psikologi, pegawai khidmat sosial, guru-guru kaunseling, individu yang berminat, dan pelajar tidak kira anda masih di bangku sekolah lagi mahupun di politeknik, institut, kolej, universiti tempatan dan swasta ke Sarawak Peers Convention 2015 (SPC'15).
SPC'15 akan diadakan pada 11 hingga 12 Mei 2015 (Isnin dan Selasa) di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (deTAR Putra), Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan.
SPC'15 dianjurkan oleh Jabatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kelab PERAMAH UNIMAS dan Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) Zon Sarawak.
Tema utama SPC'15 adalah Bridging to Professional Helping. Format konvensyen adalah ucap tama, bengkel pembangunan profesional kaunseling, pembentangan poster selari, pertandingan inovasi kaunseling, dan pameran dari organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling.
Yuran SPC'15 sangat berpatutan. Yuran pendaftaran ini termasuk 1 bengkel, dua hari makan/minum, sijil, pembentangan poster, dan majlis perasmian. Berikut adalah yuran pendaftaran SPC'15
Pelajar RM100.00
Profesional RM 300.00
Inovasi RM200.00
Pameran RM 600.00
Pertandingan inovasi kaunseling mempunyai pelbagai kategori seperti modul intervensi, buku teks, klip video, program aktiviti bimbingan dan kaunseling, permainan dan sebagainya.
Kami juga ingin mengalu-alukan organisasi untuk mengadakan pameran perkhidmatan kaunseling profesional mereka. Objektif pameran adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat luar akan kepentingan perkhidmatan kaunseling di organisasi masing-masing. Selain itu, SPC'15 sebagai platform untuk mempromosi kepada masyarakat luar akan kepentingan perkhidmatan kaunseling.
Dengan rendah diri, kami ingin menjemput penaja atau individu untuk menaja Sarawak Peers Convention 2015 (SPC'15) bagi menjayakan konvensyen ini. Penajaan ini berbentuk samada kewangan, in-kind contribution, atau peserta.
Kami menjangkakan lebih kurang 60-70 pembentangan poster, 20 produk untuk pertandingan inovasi kaunseling, dan dijangka penyertaan yang akan hadir adalah 300 orang.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk berkenalan dengan pakar kaunselor berdaftar dari Universiti Malaysia Sarawas (UNIMAS), ahli jawatankuasa kecil Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) Zon Sarawak, kaunselor profesional dari universiti tempatan dan swasta, organisasi, kementerian, dan agensi, guru kaunselor dari sekolah, dan juga counselor-to-be :)
Sila layari www.spc15-unimas.com kami untuk mendapat maklumat lanjut. Kalian juga bolehlah menghubungi Sekretariat SPC'15 di spc15.secretariat@gmail.com.
Semoga kita berjumpa di deTAR UNIMAS pada bulan Mei nanti!
Yang ikhlas,
Amalia Madihie
Penasihat
Sarawak Peers Convention 2015 (SPC'15)
Cited from Internet- Food for Brain for Counselors |
Cited for Internet - CALL FOR PARTICIPANTS! |
|
No comments:
Post a Comment