Hi Again :)
How's your Saturday so far? Ramai antara kita tak sabar menunggu hujung minggu. Mulai pada hari Jumaat dah, kita terasa tak sabar nak berhujung minggu :) Tetapi perasaan itu tidak mungkin akan ada sekiranya pensyarah mempunyai kelas hingga lewat petang :)
Kesihatan mental sangat penting seperti mana juga kesihatan fizikal. Tagline yang saya gunakan adalah 'Healthy Mental, Healthy ME!' Simple je sebenarnya, kalau otak saya terasa penat, atau dalam bahasa Sarawak, kepak- sudah pasti saya tidak atau kurang berfungsi. Tidak dinafikan kita membuat keputusan setiap hari. Samada keputusan itu betul ke tidak, itulah risiko yang kita ambil.
Pada hari Khamis yang lepas, saya buat pembentangan berkenaan dengan Mental Health Issues.
Saya telah membincangkan satu cara yang paling mudah, samada kita ikhlas atau tidak melakukannya, atau kita palsukan tindakan kita itu..cara tersebut adalah SENYUM :) Samada kita ikhlas atau memalsukan senyuman kita, signal yang diberikan oleh saraf muka kita ke bahagian otak, otak kita akan tertipu.. slowly, hormon endorphine akan dikeluarkan dan sudah pasti kita terasa OK.
Bohonglah saya katakan kalau tiada seorang dalam dunia ini tidak mempunyai perasaan moody. Tetapi menariknya, kita mempunyai pilihan untuk teruskan perasaan moody tersebut atau tidak. Sebab itu, amat penting kekuatan diri atau resilience. Jadi, kitalah mempunyai kuasa untuk memilih. Jangan biarkan perasaan negatif yang tidak sihat menyelubungi kita sepanjang hari..apatah sepanjang hidup kita.
Ketiganya, saya telah membincangkan perasaan negatif. Percaya atau tidak, perasaan negatif ini sangat baik untuk kita. Secara umumnya, kita mempunyai perasaan marah dan sedih. Daripada perasaan inilah, maka timbul perasaan yang 'adik-beradik' atau sepupu kepada perasaan ini. Manusia perlu merasai perasaan ini. Kalau tidak, maka kita akan menjadi robot. Perasaan negatif ini sama pentingnya dengan perasaan positif kita. So, jangan abaikan. Bagi saya, selagi kita tahu dan sedar bahawa kita mempunyai suatu perasaan..maka kita telah menggunakan kepintaran emosi (Emotional Intelligence) kita. Dengan erti kata yang lain, balance these two feelings - positive and negative feelings - we are able to have a good mental health ;)
Saya juga telah menyentuh faktor daya tahan iaitu protective factors and risk factors. Sebagai manusia yang berfungsi, kita akan menilai faktor-faktor ini terlebih dahulu sebelum kita membuat suatu keputusan dan tindakan.
Kemudiannya, saya membincangkan kesihatan mental dari perspektif Rational Emotive Behavior Therapy (REBT). Falsafah teori REBT - percaya bahawa gangguan emosi atau psikologikal menyebabkan individu menjadi tidak rasional. Rigid merupakan suatu pelakuan yang menyebabkan kita tidak berfungsi dengan baik. Lawannya adalah fleksibiliti.
All right then, sekian sahaja perkongsian saya. Saya alu-alukan maklumbalas semua. In sya Allah, minggu hadapan, kami akan membincangkan isu Sexual Harassment at Workplace .
Jaga diri, Jaga Mental kita !
Sayang selalu ~ Emma.
Yeap, agree with you Emma.
ReplyDeleteKesihatan Mental bukan sahaja sangat penting, tetapi ia juga pengukur kepada sejauh mana kita dapat menggunakan potensi diri serta berfungsi dengan baik dan produktif. Sihat bukanlah bermakna bebas dari sebarang penyakit semata-mata. Tetapi SIHAT dilihat secara holistik adalah kesejahteraan mental, fizikal dan rohani. Tanpa kesihatan mental yang baik, kesihatan fizikal akan turut terganggu..., dan sebaliknya jua.
Be mindful and be good to yourself and others...InsyaAllah, a healthier YOU!
peace & all good, Nora